Tuesday, May 14, 2013

GirlsDeMo

Assalamualaikum...

Disebabkan sye ni suka melilau-lilau jadi banyak yang sye jumpa. Dan sye nak kongsi salah satu perjumpaan sye. Entah betul entah tak ayat sye tu.


GirlsDeMo! atau nama penuh dia Girls Dead Monster. Satu band dari satu anime yang sangatlah best, Angel Beats!
Angel Beats! ni pasal sekumpulan remaja ni yang dah mati tapi diorang tak aman sebab tak puas hati dengan hidup dorang. Jadi diorang tubuhkan satu organisasi untuk lawan Kame. Peraturan dia senang je dekat dunia tu. Kalau diorang rasa puas dengan hidup dirang dan mati dengan aman maka diorang akan hilang. Pi mana? Taktau. Ada seorang pelajar ni yang dipanggil Angel merupakan ketua pelajar dan dia nak sekumpulan remaja tu mati dengan aman jadi dia menetang lah organisasi tu. Then berlaku peperangan antara organisasi tu dengan Angel.
Tapi! Bukan tu yang sye nak cakap... Sye nak kongsikan pasal satu band dalam anime ni. GirlsDeMo! Tugas diorang adalah buat konsert untuk tarik perhatian pelajar lain dan Angel supaya ahli2 yang lain dapat cari jalan nak kalahkan Angel dan lawan Kame.
Diorang punya lagu best woo!! Entah macam mana sye nak terangkan pun taktau. Tapi satu yang penting. Sye adalah peminat GirlsDeMo! walaupun diorang hanya fiksyen.
Faham2 jela. Anime sebenarnya banyak mengajar kita tentang kehidupan adi lagu diorang pun macam tu juga la. Lagu2 diorang ada sesuatu yang buat sye humming lagu dorang pada bila2 masa. Lagipun dari dulu sampai sekarang sye rasa bahasa jepun ni lagi senang nak ikut dari korea.
(P/S Umi : Aku still rasa macam tu, okeyyy)
Cuba dengar lagu diorang ehh...




Diorang ada album sendiri, wooo





Diorang juga la memperkenalkan sye kepada LiSa. She is good... Like woooooooo

-Angel Beats! is a good anime-
-Try Clannad too-

LUNAFLY

Assalamualaikum.

Entah dah berapa lama sye tak buka blog ni... Anggap jela sye tengah bizi...

Dalam masa kesibukkan tu, sye mula berhenti tengok kdrama dan layan kpop sebab diorang dah feymes sangat. Bosan la kalau semua dok minat same. Jadi pilihan lagu sye pun dah mula berubah. Sye pun dah malas nak ambil kesah pasal artis baru.
Tapi suatu hari tu masa sye main mesej dengan Sera, dia tetiba timbulkan pasal KPOP. Dia dok suruh sye usha satu group baru ni. LUNAFLY. Sebelum ni sye ade nampak iklan pasal LUNAFLY ni tapi tak ambil kesah pun sebab sye ingat diorang ni mesti group yang dancing2. Tak pun yang nyanyi ballad. Ballad memang sedap tapi kengkadang mengantuk woo dengar lagu2 slow ni.
Tapi dak Sera ni tak henti2 suruh sye usha diorang ni. Jadi satu hari ni, sye dah sakit mate nak baca HOMESTUCK sye pi la Youtube since mp4 sye dekat bilik sebelah. (kes malas nak bangun) nak dengar lagu. Check video bagai. Tetiba ada pasal LUNAFLY pulak. Dah alang2 desprate sye cuba jelah dengar. Diorang buat cover untuk lagu JB - As Long As You Love Me. Sye ni bukannya peminat JB. A big NO for him. Tapi bukan dia yang sye nak cakap. So bila sye layan sekejap...wooooo... Speechless kejap. Sye mula klik lagu2 cover diorang. Wahh... Kebanyakkan lagu diorang cover lagu English. Dan ada seorang member ni main rebana wooo...
Memang lah dalam group/band(?) ni ada seorang yang half-blood (pergh, Harry Potter jap) tapi yang  selebihnya full korean. Apa yang sye dok kecohkan? Tak ramai korean yang pandai English. Kalau yang reti English pun kebanyakkannya half-blooded. So hebat juga lah diorang ni kan? Walaupun ade accent sikit. Ceh, macamlah sye punya English bagus sangat.
Diorang ni juga rakam lagu satu dalam korean dan satu dalam English sebab nak bagi peminat luar negara faham lagu diorang! Yeah!! Dan bukan English yang ntahpape maksudnye ehh macam lagu SNSD - The Boys. Lagu yang sye boleh faham. Thankiu...

Logo diorang tapi macam mitosis pulak. Haha, biology!!

Dari kiri : Yun, Teo, Sam

They have THAT thing that makes me goes AWW, kayy...
Nah, cuba try dengar dan enjoy!!







Dan sye sebenarnya download lagu diorang semua yang English Version je. Tapi okay la kan dari download benda yang sye tak paham dan tak boleh nak nyanyi same... Kecuali GirlsDeMo!! 



Salah satu sebab sye tak suka benda yang ramai orang suka ialah ada sesetengah orang tu yang obses sangat sampai selalu timbulkan fan war dan rosakkan nama peminat yang lain. Haihh...

-LUNAFLY...LUNAFLY...LUNAFLY...-
-Takk, sye tak pernah suka EXO(sebab diorang bawah SM Ent.)
-Terima kasih Sera sebab dok kecoh2 pasal LUNAFLY-
-I lebiu too-

Wednesday, March 20, 2013

Speedy Scandal

Assalamualaikum...


Niat asal buka lappy nak buka radio je tapi bila tangan ni dah gatal menggodam akhirnya sye 'terpaksa' dan 'dipaksa' tengok satu movie ni, oleh diri sye sendiri. Ntah kenapa movie ni terpilih pun sye tak tau.

Sinopsis dy macam ni. Nam Hyun-Soo ni dulu artis popular macam BEAST tapi dia dah dalam lingkungan 30-an, bekerja sebagai DJ dan perasan dia tu masih lagi popular. Ada seorang ibu tunggal ni, cerita dia yang membuatkan segmen Hyun-Soo tu popular. Satu hari Hyun-Soo suruh perempuan tu jumpa je dengan ayah dia dan tanpa disedari dialah ayah perempuan tu. Nama anak perempuan dia Jae-In dan cucu dia yang comel giler tu Gi-Dong. Atas ugutan yang menyusahkan hidup Hyun-Soo, dia bagi juga anak-beranak tu tinggal dengan dia. And the chaos begins!!

Cerita ni memang kelakar. Dengan Cha Tae-Hyun nye yang memang dah kelakar dan budak tu,, Wang Seok-hyeon!! Ahh,, kiutnye dia ni! Cerita ni memang seronok lah dan kalau tengok pun hilang stress(?) 

Anyway,ni link movie ni sekali dengan subs dia ----> Speedy Scandal



For laughing out loud. Man, I adooooored this film!
Sleepwalking....

*smirk*

-Esok result keluar. Hahaha-
-Nak terjun gaung jap-


Monday, March 18, 2013

Khamis ni...

Assalamualaikum...


Okay,, relax....huuuu...
Tinggal beberapa hari lagi je. Hari Khamis ni. 21-03-2013 ni. 
Ya. Hari Khamis ni sye bakal ke sekolah tu pi amek result SPM... Yeay!! =.="
Arghh...Memang masa kat kem sye tak mau pikir langsung pasal kes ambil result tu. Sye memang wat taktau lah kalau ada orang cakap pasal SPM. Bila balik 16 hribulan hari tu memang tak pikir langsung pasal result. Dah lupakan. Tapi tadi si Umi tu call cakap dia stress dan pening. Atas keperihatinan dan kebaikan dan kecomelan sye tanye dia ape yang dah berlaku. Mula dia takmo cakap tapi sebab sye ni comel curious sangat sye paksa dia bagitahu. Dia cakaplah dia risau pasal result dan sye di saat dia mengkhabarkan berita best tu, hati sye jadi risau da resah....


No... ini takleh berlaku. Dahlah sye ni pemalas tahap kuda laut yang bagi suami bawak baby! Nak cakap pandai tu, memang sye pandai tapi bila dalam exam sye tak mau tunjuk kepandaian sye agar takde yang kecik hati. Dahlah sye ni comel, pandai pulak tu. Baik lagi... haih... 
(Dah masuk mode perasan lagi. AdeAkuKesah)

Ahh... macam mana ni... Sekarang sye dah risau... Arghh.... *golek-golek depan tandas*
Sye ambil result nanti terus tutup dan campak dalam beg terus panjat motor dan terus blah boleh tak... Ahh... takut nak tengok... cgdshhdhwvhgcjvdjochwjvcowgcbscjwpifwpeifhuocgvyrfohnipuibcumch



Paling best ialah bila orang tanya berapa dapat. Lagi-lagi ayah. Omaigad....

-Sye suka makan ice-cream-
-Saje letak gambar banyak2 nak hilangkan stress sikit-

Sunday, March 17, 2013

Si Penjual Burger

Assalamualaikum...


Tadi sye keluar ikut ibu pi beli barang. Lepas tu balik pi singgah Kimin nak beli barang Nani gendut. Ibu pun masa tu nafsu burger dia datang. Malangnya kedai burger fevret ibu tutup. On the way balik ternampak satu gerai depan kedai makan mamak. Mulanya ibu taknak pi(merajuk mungkin sebab kedai burger dia tu tutup) tapi sye ajak juga. Atas kuasa veto seorang ibu, ibu suruh sye pi beli sementara dia dok dalam kete abeskan susu sye.

Bila sye nak order tu sye tengok yang jual burger tu seorang pakcik dengan anak dia. Anak dia dah beso lah tapi. Macam terkejut juga lah. Tak biasa jumpa pakcik jual burger. Pakcik tua dalam usia 40-an yang patutnya waktu malam dok depan tv baca paper sambil tunggu kopi.

Dahlah tadi banyak pelanggan. Tengok dia keje pun tak setangkas mamat-mamat burger yang lain. (Ceh,, macamlah sye ni terror sangat buat burger)

Dan saat itu telah timbul pelbagai skrip drama dalam otak sye. Mungkin pakcik tu ada masalah kewangan terpaksa keje jual burger. Mungkin pakcik tu CEO syarikat antarabangsa dekat US dah malas nak duduk sign kertas dalam ofis je dia jual burger. Mungkin pakcik tu memang minat menjual burger dari kecil tapi kerana bantahan keluarga dia lupakan impian dia. Banyak jugalah skrip drama yang sye pikirkan tapi sye tak tahu cerita sebenar dia jadi sye takleh nak terus judge dia kan...

Entahlah.. Tetiba nak jual burger juga macam Si Jade dalam buku Rooftop Rant tu. Okay, Jikah dah masuk mode berangan dia. So, bye!!

-Mungkin buka kedai burger depan Restoren Jikah nanti??-
-Hahaha,, banyak betul impian aku-

A Werewolf Boy

Assalamualaikum...

A Werewolf Boy (늑대소년)

Okay, tadi sye baru habis layan satu movie ni. Sebenarnya sye dah buka movie ni dari tengah hari tadi tapi penat balik dari kem maih berlambak lagi jadi saya sambung tengok malam. Cerita ni sangatlah best. Takdelah best fantastic bebeh sangat tapi memang wajib tengok. 

Sinopsis dia cenggini. Pasal seorang wanita tua ni, Sunni. Dia dapat panggilan telefon pasal kematian mak dia dan pasal rumah milik mak dia. So, dia balik Korea. Dan di sebalik rumah tu ada kisah dia. Masa dia remaja dia dok kat situ dengan mak dia ngan adik pompuan dia. Dia ada masalah paru-paru dan doktor suruh dia pindah ke kawasan kampung sebagai rawatan rumah lah. Camtulah. Satu hari masa dia sidai baju dia nampak budak laki kotor-kotor. Mak Sunni ambil dia sebagai anak angkat sebab dia fikir budak tu anak yatim akibat peperangan. Budak yang tak reti cakap dan sangat kuat. Mak dia bagi nama dia Chul-Soo.
Mula-mula Sunni ni tak suka dengan dia sebab selekeh sangat tapi dia ajar Chul-Soo macam anjing dan rasa seronok pulak. Dia ajar gosok gigi, tulis, cakap dan baca supaya Chul-Soo dapat hidup macam budak normal. Dia mula rasa sayang dengan Chul-Soo & Chul-Soo memang syok habis lah kat dia. Tapi ada sorang ni, Ji-tae. Dia yang bagi (atau pinjamkan) rumah tu. Dia ni memang suka dengan Sunni dan perasan nak kawen dengan Sunni. Bila Sunni mula rapat dengan Chul-Soo, dia jealous dan nak perangkap Chul-Soo. Demi selamatkan Chul-Soo yang sanggup pertaruhkan nyawa dia untuk Sunni, Sunni tinggalkan Chul-Soo dengan janji yang dia akan datang balik.

Cerita ni memang lain. Dia tak klise sangat dan takde banyak aksi-aksi romantik bersama. Mungkin ada banyak tapi bagi sye tak sangat lah. Cerita ni memang menyayat hati. Macam mana nak cerita ek? Senang cakap cerita ni memang wajib tengok. Dia ada keunikan dia tersendiri dan tak macam cerita-cerita yang lain...

Nah, link cerita ni bersama english subtitle lagi----> A Werewolf Boy


Compliment for a good job



The Snowman

*Nak layan movie lagi... *
*O...hoi!!*

PLKN=Graduated

Assalamualaikum...


Mulai 15-03 hari tu sye dah pun menamatkan latihan khidmat negara secara rasminya dan pada 16-03 sye telah pun bertolak ke rumah dengan jayanya.

Heh,, sye dah tamat PLKN. Rasa macam tak caye pulak. Mula masuk kem 06-01 sebagai pelatih sukarela. Banyak sye belajar dalam kem. Sye dah mula mendisiplinkan diri. Sye dah mula jaga solat sye. Sye dah mula ambil tahu pasal kesihatan sye. Heh, memang sye rasa perubahan yang sangat banyak masa dekat kem. Walaupun 72 hari je.

Dahlah pelatih sukarela. Memang budak-budak kompeni Bravo suka dok sakat sye sebab tu lah. Kalau ada apa-apa yang perlukan sukarelawan, diorang mesti tengok sye. Bila ada orang tanya siapa nak masuk RELA dan sama waktu dengannya mesti diorang tengok sye. Tau lah sye ni comel. Tengok banyak kali buat apa. Nanti korang jeles susah.(mode perasan activated)

Eyh,, memang banyak sangatlah kenangan dekat sana. Memang tak sampai 3 bulan dan memang sekejap je tapi bila dah dok semua buat sama-sama, semua dok rasa sama-sama! Mestilah ada rasa sayang yang timbul. Ohhoooi...

Masa Azura dok balik awal sehari tu pun sye dah rasa sedih benar... Rasa ada kosong antara sye dengan Dila. CHP tak complete tanpa Azura. Apatah lagi masa ramai-ramai balik. Memang pada mulanya sye tak rasa apa-apa sangat. Sedih tapi demi mempertahankan ego sye, sye tahan nanges. Tapi bila sye bagitau Ting Ting dedi sye dah tunggu kat luar, boleh pulak dy nanges. Pergh, secara automatiknya ayak mata sye pun jatuh.

Sampai rumah tadi sye dok pikir je bila nak balik sana balik tapi takde maknanya. Semua dah habis, Jikah. Sye dah pun tamat latihan. Nah,, pi bukak beg tu tenung sijil tamat latihan tu lama-lama.

Ada sesuatu yang sye nak ucapkan. Korang baca ke tak sye tak kesah lah...

To:: Azura.
Ingat tak masa aku cakap aku nak jadi budak cantik untuk sekali masa dalam kem tu? Aku dah tunaikan janji aku. Malang sekali kau dah takde masa tu. Malang sekali kau dah tinggalkan kem. Malang sekali aku tunaikan janji aku terlalu lambat. Sorry eh... Kalau kau ada malam tu mesti kau pun cakap aku cantik walau nak puji kosong je. Or mungkin sebab aku paksa kau cakap. Aku minta maaf sangat aku tak dapat tunjuk kau depan-depan. 









To:: Dila
Weh, hamster. Apsal bas kau gerak cepat sangat tadi. Aku tak sempat nak lambai-lambai kat kau. Aku pi nek atas ambil beg. Tapi aku rindu nak gurau-gurau kasar dengan kau. Aku rindu nak dengki Azura dengan kau. Aku rasa apa yang kau rasa masa Azura dah tak duduk antara kita lagi. Aku minta maaf lah kalau aku jadi kurang ajar sangat dengan kau.











To:: Ting Ting
U ingat masa tu U dok cakp nak balik dan U asyik tanya sye tak rasa pape ke & sye cakap tak. Then U merajuk & cakap U pun tak kesah tak dapat jumpa sye lagi. Bongek. Cakap jelah yang betul-betul. Lepas ni memang kite tak jumpa lagi tapi kalau ada takdir, sye pi jumpa U kat JB eh...Sori sye tak sempat lukis habis dekat baju U tapi sikit tu okay kan?? Ting, mesti rindu sye tau!









To:: Bravo Girls
Jongmal mianhei... B12, sori aku rapat dengan B11. B11, sori kalau aku menyemak kat situ. Aku akan ingat korang semua!!




CHPYTF

Terlalu banyak sye nak tulis tapi tak terucap. Sori...

-R.E.N.T.A.P. Rentap!!-
-Bravo #1 huh-hah!!-


Monday, February 11, 2013

ABC...

Assalamualaikum...




Aku Benci Cinta Dari Engkau Fasal Gigimu Hitam Itu. Jika Kau Lalu Menghadapku Nanti Opahku Pengsan, Queen Repunzel Sakit Tulang. Untukmu Van Warna-warni + Xylem Yang Zoom!!

*Hasil ciptaan Jikah comel + Nani gilerrr*
*Heyy,,,kitorang budak bosan...faham2 jelah*

Friday, February 8, 2013

Erm...




Jika seorang lelaki berhenti main game sebab nak angkat telefon jawab panggilan aku...
Tu BIASA jer kan dan tak special mana pon

Tapi,
Jika seorang lelaki berhenti borak dengan aku sebab nak jawab panggilan Ilahi dan siap ajak aku sekali...
Aku nak kahwin dengan dia sebab dia sangatlah ISTIMEWA

-Atie-

Thursday, February 7, 2013

Lanjutan Cuti!

Assalamualaikum...

Pelatih PLKN disini. Dan untuk kali pertamanya dapat cuti sempena Gong Xi Fa Cai!

Seronok Weyyh... Dahlah tadi balik awal. Tetiba kawan mesej cakap cuti sampai 14 haribulan pulak. Eyhhh...Ada lanjutan cuti pula. Nak percaya ke tak ni? Tapi orang dah kasi cuti kan?? Dah cuti seminggu. Ahh,,kumpul lemak lah sye seminggu ni...Aigoo

Mula dapat dari budak Charlie. Since kita tak boleh nak percaya saje kan, jadi sye pi lah kumpul info lagi. Tetiba Susu mesej benda yang sama. Then sye kol Zura dia pun cakap ye. Maknanya betullah tu.

Tapi Zura cakap dia tak dapat balik. Tiket bas takde. Masalahnya bukan dah beli awal-awal ke... Eyyhhh,, tak payah balik lah korang semua. Cuci tandas & koridor setiap hari ehh...  Tak pun teman monyet sana. Hehehe

Surat Untuk Awak

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam 1Malaysia (Malaysia Boleh!)

Surat!

Cute little girl sending a love letter coloring page
Kehadapan awak yang sedang membaca surat ini. Mesti awak tak sangka saya bagi surat dekat awak kan? Dalam zaman teknologi saya boleh SMS je awak, saya boleh Whatsapp je awak, saya boleh YM awak, saya boleh DM awak tapi saya merasakan jika saya type isi hati saya terasa tak ikhlas. Seumpama robot yang menjadi perantaraan kita. Andai kata surat ini sampai kat awak melalui orang lain, hanya kita yang tahu isinya, bukan?
Awak, mesti awak tertanya-tanya apa tujuan saya menulis surat kepada awak, kan? Padahal kita boleh je cakap dekat awak. Saya boleh je buat macam itu. Saya boleh saja pergi kepada awak pada waktu ini dan sampaikan isi hati saya. Setiap kali kita berjumpa saya kata pada diri saya agar luahkan kepada awak tapi hati kata lain, otak kata lain. Akhirnya lain yang saya katakan. Setiap kali saya gagal luahkan dekat awak, saya mengutuk diri saya. Betapa pengecutnya saya. Saya takut akan reaksi awak. Saya takut awak tak terima. Saya takut awak benci saya. Saya takut kehilangan awak. Saya takut sangat!
Tapi pabila saya pendam lama-lama, hati saya sakit sangat. Dia meronta-ronta agar segala isi hati saya diluahkan kepada awak. Saya jadi resah. Kali ini saya membuat keputusan untuk menulis saja pada awak. Saya masih lagi seorang pengecut. Seorang pengecut hanya kepada awak. Saya berharap selepas apa yang saya luahkan, awak boleh terima. Saya kumpulkan segala keberanian saya hanya untuk awak. Apa yang saya nak nyatakan ialah saya...

saya...

saya...

saya nak tidur...



*Hahaha,,selamat malam!!*