Sunday, March 17, 2013

Si Penjual Burger

Assalamualaikum...


Tadi sye keluar ikut ibu pi beli barang. Lepas tu balik pi singgah Kimin nak beli barang Nani gendut. Ibu pun masa tu nafsu burger dia datang. Malangnya kedai burger fevret ibu tutup. On the way balik ternampak satu gerai depan kedai makan mamak. Mulanya ibu taknak pi(merajuk mungkin sebab kedai burger dia tu tutup) tapi sye ajak juga. Atas kuasa veto seorang ibu, ibu suruh sye pi beli sementara dia dok dalam kete abeskan susu sye.

Bila sye nak order tu sye tengok yang jual burger tu seorang pakcik dengan anak dia. Anak dia dah beso lah tapi. Macam terkejut juga lah. Tak biasa jumpa pakcik jual burger. Pakcik tua dalam usia 40-an yang patutnya waktu malam dok depan tv baca paper sambil tunggu kopi.

Dahlah tadi banyak pelanggan. Tengok dia keje pun tak setangkas mamat-mamat burger yang lain. (Ceh,, macamlah sye ni terror sangat buat burger)

Dan saat itu telah timbul pelbagai skrip drama dalam otak sye. Mungkin pakcik tu ada masalah kewangan terpaksa keje jual burger. Mungkin pakcik tu CEO syarikat antarabangsa dekat US dah malas nak duduk sign kertas dalam ofis je dia jual burger. Mungkin pakcik tu memang minat menjual burger dari kecil tapi kerana bantahan keluarga dia lupakan impian dia. Banyak jugalah skrip drama yang sye pikirkan tapi sye tak tahu cerita sebenar dia jadi sye takleh nak terus judge dia kan...

Entahlah.. Tetiba nak jual burger juga macam Si Jade dalam buku Rooftop Rant tu. Okay, Jikah dah masuk mode berangan dia. So, bye!!

-Mungkin buka kedai burger depan Restoren Jikah nanti??-
-Hahaha,, banyak betul impian aku-

No comments:

Post a Comment