Monday, February 11, 2013

ABC...

Assalamualaikum...




Aku Benci Cinta Dari Engkau Fasal Gigimu Hitam Itu. Jika Kau Lalu Menghadapku Nanti Opahku Pengsan, Queen Repunzel Sakit Tulang. Untukmu Van Warna-warni + Xylem Yang Zoom!!

*Hasil ciptaan Jikah comel + Nani gilerrr*
*Heyy,,,kitorang budak bosan...faham2 jelah*

Friday, February 8, 2013

Erm...




Jika seorang lelaki berhenti main game sebab nak angkat telefon jawab panggilan aku...
Tu BIASA jer kan dan tak special mana pon

Tapi,
Jika seorang lelaki berhenti borak dengan aku sebab nak jawab panggilan Ilahi dan siap ajak aku sekali...
Aku nak kahwin dengan dia sebab dia sangatlah ISTIMEWA

-Atie-

Thursday, February 7, 2013

Lanjutan Cuti!

Assalamualaikum...

Pelatih PLKN disini. Dan untuk kali pertamanya dapat cuti sempena Gong Xi Fa Cai!

Seronok Weyyh... Dahlah tadi balik awal. Tetiba kawan mesej cakap cuti sampai 14 haribulan pulak. Eyhhh...Ada lanjutan cuti pula. Nak percaya ke tak ni? Tapi orang dah kasi cuti kan?? Dah cuti seminggu. Ahh,,kumpul lemak lah sye seminggu ni...Aigoo

Mula dapat dari budak Charlie. Since kita tak boleh nak percaya saje kan, jadi sye pi lah kumpul info lagi. Tetiba Susu mesej benda yang sama. Then sye kol Zura dia pun cakap ye. Maknanya betullah tu.

Tapi Zura cakap dia tak dapat balik. Tiket bas takde. Masalahnya bukan dah beli awal-awal ke... Eyyhhh,, tak payah balik lah korang semua. Cuci tandas & koridor setiap hari ehh...  Tak pun teman monyet sana. Hehehe

Surat Untuk Awak

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam 1Malaysia (Malaysia Boleh!)

Surat!

Cute little girl sending a love letter coloring page
Kehadapan awak yang sedang membaca surat ini. Mesti awak tak sangka saya bagi surat dekat awak kan? Dalam zaman teknologi saya boleh SMS je awak, saya boleh Whatsapp je awak, saya boleh YM awak, saya boleh DM awak tapi saya merasakan jika saya type isi hati saya terasa tak ikhlas. Seumpama robot yang menjadi perantaraan kita. Andai kata surat ini sampai kat awak melalui orang lain, hanya kita yang tahu isinya, bukan?
Awak, mesti awak tertanya-tanya apa tujuan saya menulis surat kepada awak, kan? Padahal kita boleh je cakap dekat awak. Saya boleh je buat macam itu. Saya boleh saja pergi kepada awak pada waktu ini dan sampaikan isi hati saya. Setiap kali kita berjumpa saya kata pada diri saya agar luahkan kepada awak tapi hati kata lain, otak kata lain. Akhirnya lain yang saya katakan. Setiap kali saya gagal luahkan dekat awak, saya mengutuk diri saya. Betapa pengecutnya saya. Saya takut akan reaksi awak. Saya takut awak tak terima. Saya takut awak benci saya. Saya takut kehilangan awak. Saya takut sangat!
Tapi pabila saya pendam lama-lama, hati saya sakit sangat. Dia meronta-ronta agar segala isi hati saya diluahkan kepada awak. Saya jadi resah. Kali ini saya membuat keputusan untuk menulis saja pada awak. Saya masih lagi seorang pengecut. Seorang pengecut hanya kepada awak. Saya berharap selepas apa yang saya luahkan, awak boleh terima. Saya kumpulkan segala keberanian saya hanya untuk awak. Apa yang saya nak nyatakan ialah saya...

saya...

saya...

saya nak tidur...



*Hahaha,,selamat malam!!*