Thursday, February 7, 2013

Surat Untuk Awak

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam 1Malaysia (Malaysia Boleh!)

Surat!

Cute little girl sending a love letter coloring page
Kehadapan awak yang sedang membaca surat ini. Mesti awak tak sangka saya bagi surat dekat awak kan? Dalam zaman teknologi saya boleh SMS je awak, saya boleh Whatsapp je awak, saya boleh YM awak, saya boleh DM awak tapi saya merasakan jika saya type isi hati saya terasa tak ikhlas. Seumpama robot yang menjadi perantaraan kita. Andai kata surat ini sampai kat awak melalui orang lain, hanya kita yang tahu isinya, bukan?
Awak, mesti awak tertanya-tanya apa tujuan saya menulis surat kepada awak, kan? Padahal kita boleh je cakap dekat awak. Saya boleh je buat macam itu. Saya boleh saja pergi kepada awak pada waktu ini dan sampaikan isi hati saya. Setiap kali kita berjumpa saya kata pada diri saya agar luahkan kepada awak tapi hati kata lain, otak kata lain. Akhirnya lain yang saya katakan. Setiap kali saya gagal luahkan dekat awak, saya mengutuk diri saya. Betapa pengecutnya saya. Saya takut akan reaksi awak. Saya takut awak tak terima. Saya takut awak benci saya. Saya takut kehilangan awak. Saya takut sangat!
Tapi pabila saya pendam lama-lama, hati saya sakit sangat. Dia meronta-ronta agar segala isi hati saya diluahkan kepada awak. Saya jadi resah. Kali ini saya membuat keputusan untuk menulis saja pada awak. Saya masih lagi seorang pengecut. Seorang pengecut hanya kepada awak. Saya berharap selepas apa yang saya luahkan, awak boleh terima. Saya kumpulkan segala keberanian saya hanya untuk awak. Apa yang saya nak nyatakan ialah saya...

saya...

saya...

saya nak tidur...



*Hahaha,,selamat malam!!*

No comments:

Post a Comment