Thursday, December 27, 2012

In December

Assalamualaikum...

Berhabuk dah blog aku ni. Haihh..


Tapi bukan itu yang sye nak cerita. Mula-mula sye sudah ade lesen kereta tapi L je lah... *bangga* Ingat nak sambung tapi terbusy plak. Sye juga sudah dapat kerja sebagai pelayan dekat Kluang Railway Coffee a.k.a KRC. Tapi cawangan dekat Tasek lah yang atas dia ada hotel tu.
Okay,, first of all. That place is the biggest among the other. Kalau sye jalan dari toilet dy pusing sampai pintu depan then pusing balik ke tapak permulaan sepanjang hari,, agak-agak jarak perjalanan boleh sama dengan jarak dari Kluang sampai ke Ayer Hitam kot... Lebih sangat ke? Maybe Mersing? Hahaha, tapi memang kalau korang tak biasa berjalan memang kaki rasa macam nak tercabutlah. Kena layan kerenah pelanggan yang kadang-kadang gedik gilerrr lagi. Hoo... Tak sabar lah. Taknak makan lah. Nak tukar order lah. Memang kadang-kadang tu sakit hati giler. Pening. Sabar jelah! Tapi sye dah kerja kat sana dah dekat sebulan gak, kaki pun dah biasa jalan. Cuma bila dah penat sangat sye jalan lenggok-lenggok je. Kerja pun kemas meja je. Bila dah ramai, memang sakit kepala sye nak amek order. Semua nak cakap. Tak pun ada yang tak reti BM. Ada yang cakap terbelit-belit. Wehh,, pening wehh... Tapi takpelah. Sye tahu yang sye ni takde lah cerewet dan gedik sangat. Ada ramai lagi yang gedik. Hahaha...
Dan!! Sye dapat PLKN! Beberapa bulan yang lepas, sye check dan sye tak dapat. Ramai yang happy tapi sye sedih tau tak dapat. Lantaklah kalau hitam pun. Mengada-ngada betul yang taknak pergi sebab benda kecik macam tu. Okay, kalau sye cakap macam ni sye kedengaran macam budak lelaki ke? Lantaklah. Sye tak kesahlah pasal hitam bagai tu. Heyy,, kenapa kena kesah pasal hitam tu sedangkan banyak kebaikan yang ada?? Kalau budak laki dyorang takut botak eh? Takut rambut KPOP korang tu rosak ke? Rambut JB? Ahh,,aku puntak tahu. Since sye memang nak pergi, sye mohonlah. Dan Alhamdulillah, dapat. At first bila dapat tu, ada juga rasa macam dilema. Yelah,, dah selesa kerja. Ada lah beberapa sebab. Tapi lepas beberapa minit berfikir, sye taknak menyesal pun dengan keputusan ini.
Lagipun,pergi PLKN dapat elaun tau!! Bagi korang yang kaya gilerr tu,, yang bila sye cakap pasal takde duit, korang senang2 je dapatkan. Yang kaya lah senang, mungkin elaun tu sikit je. Tapi, not for me! Even 5sen pun penting tau. Sye kerja, kadang-kadang ade pelanggan yang tinggalkan 5sen, kadang-kadang sanggup tinggalkan 20sen. Guess what? Sye kumpul semua tu dan sekarang dalam poket apron sye ade dekat seringgit tau. What? Seringgit je?? Jangan pandang rendah kat duit. Dunia sekarang berputar berlandaskan duit tau. Takde benda free dalam dunia ni. Udara percuma? Korang dapat udara dari pokok, pokok boleh dipelihara kalau korang boleh jaga dengan baik, dan untuk jaga dengan baik, korang perlukan duit. Okay, lately sye memang jadi mata duitan kot...
Sye nak cari duit sendiri sebab bagi sye orang yang bergantung pada ibubapa je semata-mata adalah orang yang takde guna. Kejam sangat kah? Tapi betullah kan? Biarlah parents korang tu simpan duit supaya dapat pergi jalan-jalan. Dah, kalau perabih duit untuk korang je,, tanggung korang je. Hey,, ingat sikit. Bukan korang sahaja yang membesar, parents korang pun semakin tua. Penat lah dyorang memikirkan pasal korang je. Bagilah dyorang rehat. Jangan hidup mengaharap sangat.
Nanti akan disambung...kot?
Tengoklah...
Nak tidur dahulu.
Selamat malam.
Assalamualaikum!!

-BERUANG IBU-

Friday, November 9, 2012

Vampire

Assalamualaikum!
Tadi saye baru je terdengar lagu The Wanted dan tibe-tibe dalam otak saye cakap...
"Oh...lagu vampire punye lagu"
Saye pun sambil menyanyi terpikir, sekarang ni vampire dah ramai ke?
Seriously, banyak music video yang saye tengok ade vampire. Dan sebagai seorang yang suka artis bawah Cube Ent. mestilah saye layan music video dyorang.  Dan saye rase artis2 Cube ni semua dah jadi vampire. 4Minute dalam Volume Up semua vampire. BTOB dalam WOW pon vampire. Beast's Junhyung dalam Fiction pon vampire. Dy dengan Park Boyoung tu lah. Pastu dalam lagu Infinite BTD pon ade vampire. The Wanted memang vampire. Banyak lagi yang saye perasan sudah menjadi vampire. Kecuali Kang Gary. Dy seorang zombie warisan.
Benda ni takde lah menyedihkan sangat. Sebenarnya saya gembira sebab ramai orang dah jadi vampire. So, lepas ni impian saye nak jadi vampire menjadi lebih senang. Sebab jadi vampire best, kaya!

TAPI......

Yang menjadikan saye ragu2 dengan impian saye tu ialah vampire yang feymes tu,

EDWARD CULLEN

Ya. Orang itu telah menyebabkan saye rase tak nak jadi vampire pulak. I mean, saye tak nak jadi disco ball.
Mungkin jadi warewolf macam Jacob pun okay gak. Seksi. Atau Red Riding Hood. Mungkin zombie. Emm,,tak nak zombie lah. Tak nak makan otak sebab ntah ape je dalam otak manusia tu. Otak manusia pun dah banyak kotor. Plus, zombie tak mandi.

:: Akibat layan banyak sangat cerita vampire-warewolf-underworld ni, tetiba gelar manusia pun dengan gelaran "MORTALS~~" dengan sebutan thick vampire accent tu ::



Family Drama

Assalamualaikum.
Emm, makin rajin pulak saye update blog kan? Haha,,gerenti lepas ni jadi pemalas balik.
Aniway, sejak kebelakangan ni saye setia kepada satu drama ni. Switched At Birth. Alaa... dari tajuk pon orang dah boleh agak jalan cerita ni. Tapi tak boleh agak sebab saye nak cerita ni!!
Okay, cerita dy pasal Bay dan Daphne yang tertukar mase baby. Bay dibesarkan dalam keluarga berada sementara Daphne dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Tak,, cerita ni lain dari Mara Clara(kot) So, bile dah besar mak dyorang dapat tahu dyorang tertukar. Disini lah konflik dy. Bay ni spoilt sangat so dy kuat memberontak. Bila dy dapat tahu dy tertukar, dy memang marah giler2 lah. Sementara Daphne ni sopan. Cuma satu je masalah dy. Dy pekak sebab jangkitan kuman mase kecik. Mak bapak sebenar Daphne ni orang berada, orang feymes so bila dy dapat tahu Daphne ni pekak, dy bersungguh-sungguh nak Daphne pegi bedah. Mak yang jage Daphne selama ni, Regina naik marah lah. Sebab mak bapak sebenar Daphne tak reti bersyukur. Dyorang juga nak saman pihak hospital pastu asyik salahkan Regina sebab buat Daphne pekak (masalah betol lah). Yang Bay dengan Daphne pulak gado sebab Bay punya ex-bf suka kat Daphne. While Daphne ade sorang kawan baik yang selalu jaga dy(pesh,, mamat tu suka kat Daphne lah tu) name dy Emmet. Emmet pon pekak tapi dy tak boleh cakap macam Daphne. Satu masa tu dy nampak Daphne ngan ex-bf Bay bergembira dan masa tu dy perlukan Daphne sebagai orang tengah tapi Daphne tak tolong dy. Bay nampak dan setat dari tu Emmet merajuk dengan Daphne dan Bay rapat dengan Emmet.
Sampai situ je episode yang saye dah tengok. Isnin ada lagi.
So, cerita ni best sebab saye ske tengok macam mane dyorang cuba fit in dalam hidup masing2. Lagi pulak parents Daphne yang cuba untuk berkomunikasi dengan Daphne yang pekak tu. Bay pulak nk cari ayah dy.
Macam tulah...
Cerita ni ada kat Star World channel 711. Dari pukul 3 petang sampai pukul 4.40 petang.

Lagi satu sebab saya suka cerita ni hasil seni Bay dan loghat Daphne tu.

Buhbye!