Friday, November 9, 2012

Family Drama

Assalamualaikum.
Emm, makin rajin pulak saye update blog kan? Haha,,gerenti lepas ni jadi pemalas balik.
Aniway, sejak kebelakangan ni saye setia kepada satu drama ni. Switched At Birth. Alaa... dari tajuk pon orang dah boleh agak jalan cerita ni. Tapi tak boleh agak sebab saye nak cerita ni!!
Okay, cerita dy pasal Bay dan Daphne yang tertukar mase baby. Bay dibesarkan dalam keluarga berada sementara Daphne dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Tak,, cerita ni lain dari Mara Clara(kot) So, bile dah besar mak dyorang dapat tahu dyorang tertukar. Disini lah konflik dy. Bay ni spoilt sangat so dy kuat memberontak. Bila dy dapat tahu dy tertukar, dy memang marah giler2 lah. Sementara Daphne ni sopan. Cuma satu je masalah dy. Dy pekak sebab jangkitan kuman mase kecik. Mak bapak sebenar Daphne ni orang berada, orang feymes so bila dy dapat tahu Daphne ni pekak, dy bersungguh-sungguh nak Daphne pegi bedah. Mak yang jage Daphne selama ni, Regina naik marah lah. Sebab mak bapak sebenar Daphne tak reti bersyukur. Dyorang juga nak saman pihak hospital pastu asyik salahkan Regina sebab buat Daphne pekak (masalah betol lah). Yang Bay dengan Daphne pulak gado sebab Bay punya ex-bf suka kat Daphne. While Daphne ade sorang kawan baik yang selalu jaga dy(pesh,, mamat tu suka kat Daphne lah tu) name dy Emmet. Emmet pon pekak tapi dy tak boleh cakap macam Daphne. Satu masa tu dy nampak Daphne ngan ex-bf Bay bergembira dan masa tu dy perlukan Daphne sebagai orang tengah tapi Daphne tak tolong dy. Bay nampak dan setat dari tu Emmet merajuk dengan Daphne dan Bay rapat dengan Emmet.
Sampai situ je episode yang saye dah tengok. Isnin ada lagi.
So, cerita ni best sebab saye ske tengok macam mane dyorang cuba fit in dalam hidup masing2. Lagi pulak parents Daphne yang cuba untuk berkomunikasi dengan Daphne yang pekak tu. Bay pulak nk cari ayah dy.
Macam tulah...
Cerita ni ada kat Star World channel 711. Dari pukul 3 petang sampai pukul 4.40 petang.

Lagi satu sebab saya suka cerita ni hasil seni Bay dan loghat Daphne tu.

Buhbye!


No comments:

Post a Comment