Wednesday, March 20, 2013

Speedy Scandal

Assalamualaikum...


Niat asal buka lappy nak buka radio je tapi bila tangan ni dah gatal menggodam akhirnya sye 'terpaksa' dan 'dipaksa' tengok satu movie ni, oleh diri sye sendiri. Ntah kenapa movie ni terpilih pun sye tak tau.

Sinopsis dy macam ni. Nam Hyun-Soo ni dulu artis popular macam BEAST tapi dia dah dalam lingkungan 30-an, bekerja sebagai DJ dan perasan dia tu masih lagi popular. Ada seorang ibu tunggal ni, cerita dia yang membuatkan segmen Hyun-Soo tu popular. Satu hari Hyun-Soo suruh perempuan tu jumpa je dengan ayah dia dan tanpa disedari dialah ayah perempuan tu. Nama anak perempuan dia Jae-In dan cucu dia yang comel giler tu Gi-Dong. Atas ugutan yang menyusahkan hidup Hyun-Soo, dia bagi juga anak-beranak tu tinggal dengan dia. And the chaos begins!!

Cerita ni memang kelakar. Dengan Cha Tae-Hyun nye yang memang dah kelakar dan budak tu,, Wang Seok-hyeon!! Ahh,, kiutnye dia ni! Cerita ni memang seronok lah dan kalau tengok pun hilang stress(?) 

Anyway,ni link movie ni sekali dengan subs dia ----> Speedy Scandal



For laughing out loud. Man, I adooooored this film!
Sleepwalking....

*smirk*

-Esok result keluar. Hahaha-
-Nak terjun gaung jap-


Monday, March 18, 2013

Khamis ni...

Assalamualaikum...


Okay,, relax....huuuu...
Tinggal beberapa hari lagi je. Hari Khamis ni. 21-03-2013 ni. 
Ya. Hari Khamis ni sye bakal ke sekolah tu pi amek result SPM... Yeay!! =.="
Arghh...Memang masa kat kem sye tak mau pikir langsung pasal kes ambil result tu. Sye memang wat taktau lah kalau ada orang cakap pasal SPM. Bila balik 16 hribulan hari tu memang tak pikir langsung pasal result. Dah lupakan. Tapi tadi si Umi tu call cakap dia stress dan pening. Atas keperihatinan dan kebaikan dan kecomelan sye tanye dia ape yang dah berlaku. Mula dia takmo cakap tapi sebab sye ni comel curious sangat sye paksa dia bagitahu. Dia cakaplah dia risau pasal result dan sye di saat dia mengkhabarkan berita best tu, hati sye jadi risau da resah....


No... ini takleh berlaku. Dahlah sye ni pemalas tahap kuda laut yang bagi suami bawak baby! Nak cakap pandai tu, memang sye pandai tapi bila dalam exam sye tak mau tunjuk kepandaian sye agar takde yang kecik hati. Dahlah sye ni comel, pandai pulak tu. Baik lagi... haih... 
(Dah masuk mode perasan lagi. AdeAkuKesah)

Ahh... macam mana ni... Sekarang sye dah risau... Arghh.... *golek-golek depan tandas*
Sye ambil result nanti terus tutup dan campak dalam beg terus panjat motor dan terus blah boleh tak... Ahh... takut nak tengok... cgdshhdhwvhgcjvdjochwjvcowgcbscjwpifwpeifhuocgvyrfohnipuibcumch



Paling best ialah bila orang tanya berapa dapat. Lagi-lagi ayah. Omaigad....

-Sye suka makan ice-cream-
-Saje letak gambar banyak2 nak hilangkan stress sikit-

Sunday, March 17, 2013

Si Penjual Burger

Assalamualaikum...


Tadi sye keluar ikut ibu pi beli barang. Lepas tu balik pi singgah Kimin nak beli barang Nani gendut. Ibu pun masa tu nafsu burger dia datang. Malangnya kedai burger fevret ibu tutup. On the way balik ternampak satu gerai depan kedai makan mamak. Mulanya ibu taknak pi(merajuk mungkin sebab kedai burger dia tu tutup) tapi sye ajak juga. Atas kuasa veto seorang ibu, ibu suruh sye pi beli sementara dia dok dalam kete abeskan susu sye.

Bila sye nak order tu sye tengok yang jual burger tu seorang pakcik dengan anak dia. Anak dia dah beso lah tapi. Macam terkejut juga lah. Tak biasa jumpa pakcik jual burger. Pakcik tua dalam usia 40-an yang patutnya waktu malam dok depan tv baca paper sambil tunggu kopi.

Dahlah tadi banyak pelanggan. Tengok dia keje pun tak setangkas mamat-mamat burger yang lain. (Ceh,, macamlah sye ni terror sangat buat burger)

Dan saat itu telah timbul pelbagai skrip drama dalam otak sye. Mungkin pakcik tu ada masalah kewangan terpaksa keje jual burger. Mungkin pakcik tu CEO syarikat antarabangsa dekat US dah malas nak duduk sign kertas dalam ofis je dia jual burger. Mungkin pakcik tu memang minat menjual burger dari kecil tapi kerana bantahan keluarga dia lupakan impian dia. Banyak jugalah skrip drama yang sye pikirkan tapi sye tak tahu cerita sebenar dia jadi sye takleh nak terus judge dia kan...

Entahlah.. Tetiba nak jual burger juga macam Si Jade dalam buku Rooftop Rant tu. Okay, Jikah dah masuk mode berangan dia. So, bye!!

-Mungkin buka kedai burger depan Restoren Jikah nanti??-
-Hahaha,, banyak betul impian aku-

A Werewolf Boy

Assalamualaikum...

A Werewolf Boy (늑대소년)

Okay, tadi sye baru habis layan satu movie ni. Sebenarnya sye dah buka movie ni dari tengah hari tadi tapi penat balik dari kem maih berlambak lagi jadi saya sambung tengok malam. Cerita ni sangatlah best. Takdelah best fantastic bebeh sangat tapi memang wajib tengok. 

Sinopsis dia cenggini. Pasal seorang wanita tua ni, Sunni. Dia dapat panggilan telefon pasal kematian mak dia dan pasal rumah milik mak dia. So, dia balik Korea. Dan di sebalik rumah tu ada kisah dia. Masa dia remaja dia dok kat situ dengan mak dia ngan adik pompuan dia. Dia ada masalah paru-paru dan doktor suruh dia pindah ke kawasan kampung sebagai rawatan rumah lah. Camtulah. Satu hari masa dia sidai baju dia nampak budak laki kotor-kotor. Mak Sunni ambil dia sebagai anak angkat sebab dia fikir budak tu anak yatim akibat peperangan. Budak yang tak reti cakap dan sangat kuat. Mak dia bagi nama dia Chul-Soo.
Mula-mula Sunni ni tak suka dengan dia sebab selekeh sangat tapi dia ajar Chul-Soo macam anjing dan rasa seronok pulak. Dia ajar gosok gigi, tulis, cakap dan baca supaya Chul-Soo dapat hidup macam budak normal. Dia mula rasa sayang dengan Chul-Soo & Chul-Soo memang syok habis lah kat dia. Tapi ada sorang ni, Ji-tae. Dia yang bagi (atau pinjamkan) rumah tu. Dia ni memang suka dengan Sunni dan perasan nak kawen dengan Sunni. Bila Sunni mula rapat dengan Chul-Soo, dia jealous dan nak perangkap Chul-Soo. Demi selamatkan Chul-Soo yang sanggup pertaruhkan nyawa dia untuk Sunni, Sunni tinggalkan Chul-Soo dengan janji yang dia akan datang balik.

Cerita ni memang lain. Dia tak klise sangat dan takde banyak aksi-aksi romantik bersama. Mungkin ada banyak tapi bagi sye tak sangat lah. Cerita ni memang menyayat hati. Macam mana nak cerita ek? Senang cakap cerita ni memang wajib tengok. Dia ada keunikan dia tersendiri dan tak macam cerita-cerita yang lain...

Nah, link cerita ni bersama english subtitle lagi----> A Werewolf Boy


Compliment for a good job



The Snowman

*Nak layan movie lagi... *
*O...hoi!!*

PLKN=Graduated

Assalamualaikum...


Mulai 15-03 hari tu sye dah pun menamatkan latihan khidmat negara secara rasminya dan pada 16-03 sye telah pun bertolak ke rumah dengan jayanya.

Heh,, sye dah tamat PLKN. Rasa macam tak caye pulak. Mula masuk kem 06-01 sebagai pelatih sukarela. Banyak sye belajar dalam kem. Sye dah mula mendisiplinkan diri. Sye dah mula jaga solat sye. Sye dah mula ambil tahu pasal kesihatan sye. Heh, memang sye rasa perubahan yang sangat banyak masa dekat kem. Walaupun 72 hari je.

Dahlah pelatih sukarela. Memang budak-budak kompeni Bravo suka dok sakat sye sebab tu lah. Kalau ada apa-apa yang perlukan sukarelawan, diorang mesti tengok sye. Bila ada orang tanya siapa nak masuk RELA dan sama waktu dengannya mesti diorang tengok sye. Tau lah sye ni comel. Tengok banyak kali buat apa. Nanti korang jeles susah.(mode perasan activated)

Eyh,, memang banyak sangatlah kenangan dekat sana. Memang tak sampai 3 bulan dan memang sekejap je tapi bila dah dok semua buat sama-sama, semua dok rasa sama-sama! Mestilah ada rasa sayang yang timbul. Ohhoooi...

Masa Azura dok balik awal sehari tu pun sye dah rasa sedih benar... Rasa ada kosong antara sye dengan Dila. CHP tak complete tanpa Azura. Apatah lagi masa ramai-ramai balik. Memang pada mulanya sye tak rasa apa-apa sangat. Sedih tapi demi mempertahankan ego sye, sye tahan nanges. Tapi bila sye bagitau Ting Ting dedi sye dah tunggu kat luar, boleh pulak dy nanges. Pergh, secara automatiknya ayak mata sye pun jatuh.

Sampai rumah tadi sye dok pikir je bila nak balik sana balik tapi takde maknanya. Semua dah habis, Jikah. Sye dah pun tamat latihan. Nah,, pi bukak beg tu tenung sijil tamat latihan tu lama-lama.

Ada sesuatu yang sye nak ucapkan. Korang baca ke tak sye tak kesah lah...

To:: Azura.
Ingat tak masa aku cakap aku nak jadi budak cantik untuk sekali masa dalam kem tu? Aku dah tunaikan janji aku. Malang sekali kau dah takde masa tu. Malang sekali kau dah tinggalkan kem. Malang sekali aku tunaikan janji aku terlalu lambat. Sorry eh... Kalau kau ada malam tu mesti kau pun cakap aku cantik walau nak puji kosong je. Or mungkin sebab aku paksa kau cakap. Aku minta maaf sangat aku tak dapat tunjuk kau depan-depan. 









To:: Dila
Weh, hamster. Apsal bas kau gerak cepat sangat tadi. Aku tak sempat nak lambai-lambai kat kau. Aku pi nek atas ambil beg. Tapi aku rindu nak gurau-gurau kasar dengan kau. Aku rindu nak dengki Azura dengan kau. Aku rasa apa yang kau rasa masa Azura dah tak duduk antara kita lagi. Aku minta maaf lah kalau aku jadi kurang ajar sangat dengan kau.











To:: Ting Ting
U ingat masa tu U dok cakp nak balik dan U asyik tanya sye tak rasa pape ke & sye cakap tak. Then U merajuk & cakap U pun tak kesah tak dapat jumpa sye lagi. Bongek. Cakap jelah yang betul-betul. Lepas ni memang kite tak jumpa lagi tapi kalau ada takdir, sye pi jumpa U kat JB eh...Sori sye tak sempat lukis habis dekat baju U tapi sikit tu okay kan?? Ting, mesti rindu sye tau!









To:: Bravo Girls
Jongmal mianhei... B12, sori aku rapat dengan B11. B11, sori kalau aku menyemak kat situ. Aku akan ingat korang semua!!




CHPYTF

Terlalu banyak sye nak tulis tapi tak terucap. Sori...

-R.E.N.T.A.P. Rentap!!-
-Bravo #1 huh-hah!!-