Wednesday, December 28, 2011

New Year - Good Or Bad

Sekarang bertarikh 28/12/2011, masa 1944... Sye start menaip new post!
Maknanya tinggal 3hari, 4 jam, 16 minit lagi untuk tahun baru 2012.

Semua orang macam ternanti-nanti je tahun baru. Ada yang baru masuk sekolah, abes sekolah, nak kawen (macam Yusri dengan Lisa), nak dapat anak dan lain-lain lagi.

Sye pun gembira ni. Selamat tinggal 2011 and hello 2012. Macam tak sabar je nak tahun baru. Nak beli baju baru, kasut baru, beg baru. Excited kot!! Tapi, ayah dengan kejamnya,

"Kau tahun depan nak SPM tau!"



Terus kegembiraanku yang keluar mengalahkan budak darjah satu tahun depan nak masuk sekolah masuk balik. SPM! Tak guna! 

Tahun depan SPM = Kebebasan ku terkurang 90% = Komputer + internet, no way = Pemerhatian yang terlebih gila dari ayah + ibu = ARGGHH!!

Kalau ayah tau sye buat post macam ni, mesti dia membebel. 

1. "Nak jadi doktor macam mana kalau main komputer je?!"
Note :: Lain kali jangan buat cita-cita macam tu!

2. "Korea je! Asyik-asyik Korea!"
Note :: Karang buka cerita omputih lucah kang!

3. "Pergi baca buku sana!"
Note :: ... (Masuk bilik, tarik selimut & tidur! Pukul satu bangun, main internet)

Ugh! Kan bagus kalau takde exam. Apa sye kesah kalau cikgu (termasuk ibukku) cakap,

"Exam tukan untuk ukur kemampuan kita lepas apa yang kita dah belajar. Nak tengok kita faham ke tidak. Nak ________" <Sila isi tempat kosong>


Tapi exam juga telah menghasilkan kejahatan iaitu MENIRU. Pastu SPM tu pula, orang selalu cakap menentukan masa depan. Pergh, buat cuak je!! Cuba cakap SPM tu kalau lulus boleh dapat bekalan internet, baju, makanan, duit dan lain-lain seumur hidup! Baru sedap sikit dengar! Takpun, lupuskan je exam! Boleh kan? Bolehlahhh~~~



~Hahaha. Macam kongajar je wat post macam ni!
Mana ada! Sye kan budak baik.~

No comments:

Post a Comment