Thursday, December 29, 2011

Kawanku Artis Korea

Wahhh, tajuk macam gerek je...

Sejak bila pulak sye kawan artis. Kawan yang perasan diri tu artis bersepahlah.

Camne boleh dapat kawan artis ni?? (masih dalam mode perasan)

Sye kan suka tengok laki2 kiut-miut kat luar sana, dalam buku dan dalam tb. Pastu tersukalah pula dengan salah seorang member Co-ed School. So, sye pun terus lari, duduk depan pc, ushar Encik Google. Selepas sesi mengushar dan menggondam Encik Google, akhirnya sye jumpa juga biodata dia. Pergh... Kiut! Jap lagi bila sye tengok tahun dia lahir je, 1995!! Woi, kita sebaya lah!! Hahahaha,, my prend! How are you?? (perasan)

Tapi selepas beberapa bulan kemudian, baru sye sedar ada lagi member kumpulan korea ni yang lahir 1995 gak...



Co-ed school Hye Won
Name :: Jin Hye Won
Nickname :: One Star Hye Won
Birthday :: 3 March 1995

Co-ed School Sungmin
Name :: Choi Sungmin
Nickname :: Solid Sungmin
Birthday :: 17 December 1995

TEEN TOP Ricky
Name :: Yoo Changhyun
Nickname :: Lovely Boy Ricky
Birthday :: 27 February 1995

TEEN TOP Changjo
Name :: Choi Jonghyun
Nickname :: Dancing Boy Changjo
Birthday :: 16 November 1995

Boyfriend Youngmin
Name :: Jo Youngmin
Birthday :: 24 April 1995 (Older)
Position :: Vocals

Boyfriend Kwangmin
Name :: Jo Kwangmin
Birthday :: 24 April 1995 (Younger)
Position :: Rapper

Boyfriend Minwoo
Name :: No Minwoo
Birthday :: 31 July 1995
Position :: Main dancer, rapper

MYNAME Cheajin
Name :: Chae Jinseok
Birthday :: 26 December 1995
Position :: Maknae

A Pink Namjoo
Name :: Kim Namjoo
Birthday :: 15 April 1995
Position :: 3rd. Vocalis

X-5 Sulhu
Real Name :: Kim Ji Wan
Birthday :: 7 Sept. 1995
Position :: Maknae, Rapper

Ni yang sye tahu jelah... ^^

Korang, tahun depan kita same2 amek SPM, heh! Hahaha~~~

:: Perasan jadi kawan takpe kan??! ::

Wednesday, December 28, 2011

New Year - Good Or Bad

Sekarang bertarikh 28/12/2011, masa 1944... Sye start menaip new post!
Maknanya tinggal 3hari, 4 jam, 16 minit lagi untuk tahun baru 2012.

Semua orang macam ternanti-nanti je tahun baru. Ada yang baru masuk sekolah, abes sekolah, nak kawen (macam Yusri dengan Lisa), nak dapat anak dan lain-lain lagi.

Sye pun gembira ni. Selamat tinggal 2011 and hello 2012. Macam tak sabar je nak tahun baru. Nak beli baju baru, kasut baru, beg baru. Excited kot!! Tapi, ayah dengan kejamnya,

"Kau tahun depan nak SPM tau!"



Terus kegembiraanku yang keluar mengalahkan budak darjah satu tahun depan nak masuk sekolah masuk balik. SPM! Tak guna! 

Tahun depan SPM = Kebebasan ku terkurang 90% = Komputer + internet, no way = Pemerhatian yang terlebih gila dari ayah + ibu = ARGGHH!!

Kalau ayah tau sye buat post macam ni, mesti dia membebel. 

1. "Nak jadi doktor macam mana kalau main komputer je?!"
Note :: Lain kali jangan buat cita-cita macam tu!

2. "Korea je! Asyik-asyik Korea!"
Note :: Karang buka cerita omputih lucah kang!

3. "Pergi baca buku sana!"
Note :: ... (Masuk bilik, tarik selimut & tidur! Pukul satu bangun, main internet)

Ugh! Kan bagus kalau takde exam. Apa sye kesah kalau cikgu (termasuk ibukku) cakap,

"Exam tukan untuk ukur kemampuan kita lepas apa yang kita dah belajar. Nak tengok kita faham ke tidak. Nak ________" <Sila isi tempat kosong>


Tapi exam juga telah menghasilkan kejahatan iaitu MENIRU. Pastu SPM tu pula, orang selalu cakap menentukan masa depan. Pergh, buat cuak je!! Cuba cakap SPM tu kalau lulus boleh dapat bekalan internet, baju, makanan, duit dan lain-lain seumur hidup! Baru sedap sikit dengar! Takpun, lupuskan je exam! Boleh kan? Bolehlahhh~~~



~Hahaha. Macam kongajar je wat post macam ni!
Mana ada! Sye kan budak baik.~

Wordless Wednesday (lagi!!)



:: Cute Pikachu, Crazy Pikachu ::

Your Voice Is Sexy(?)

Sejak kebelakangan ni, sye selalu dengar lagu yang penyanyi dia ada deep voice banyak kali. Kalau ada penanyi dalam sesebuah group tu deep voice,, memang sye lajukan sampai part dia je... Sexy kot!! Tak pun yang ada nasal voice. Suara diorang lain dari yang lain dan itu membuatkan sye suka! Me like!!


Bang Yong Guk (feat B2ST Yoseob) - I Remember
Suara dia sexy, suara Yoseob awesome~~


Lee Hyun Jin & Windflower - If I Leave
Part kegemaran sye sepanjang episode ni~~


Double AA - So Crazy
Ada seorang tu suara dia yang sye suka... Yang start dekat 00.47 tu~~


ALi (feat B2ST Junhyung) - Don't Act Foolish
I like her voice!! Plus Junhyung's rap


:: Macam gerek je tulis senget2 tu~~::

Thursday, December 22, 2011

Smile - Kebaikannya!!



Hari ni kita bercakap pasal senyum je... Hahaha...

BTD,, tdi, Encik Google pula usha sye... Dia bagitau tentang kebaikan2 senyuman ni. Wah,, memang ia meransang sye untuk senyum ^^

Memang baik tau kalau kita senyum ni... Tak caye?? Bace lagi...



  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Kan bagos...
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Jadi, mulakan hari anda dengan senyuman...
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Smile - Eye Smile!!

Tadi cakap pasal dimple, ni pasal eye smile... Sye ske sangat tengok orang yang bile senyum mate dia jadi sepet atau bak kata orang korea,, eye smile... Comel sangat2... Tak caye?? Tengok bawah...








Smile - Dimple!!

Assalamualaikum,, Hello,, Anyeong,, Ohayo,, Bonjour!

Straight to the point... Sye nak kongsi bahawasanya sye suka senyum... Senyum kan sedekah... Bagos untuk kesihatan pulak tu... Awet muda, macam sye... hahaha!

BTD(my way of saying by the way =9) kalau korang ade lesung pipit atau secara baratnya, dimples, sila lah tunjukkannya sebab memang kiut kalau korang senyum, macam sye...lagi...hahaha!

Tak caye? Tengok ni...







Sunday, December 18, 2011

Cube Ni

Tadi buka FB jap pastu ade sorang tu post something...

Dia suroh buka Google,

Taip "Let It Snow"...

dan something will happen...

Tapi maybe sekejap je kot...

Untuk Christmas...

Tapi terasa macam betol pulak...

Nak Bagitau

Nak bagitau ni...

Sye finally...

Dah tukar lagu...

Hahahaha...

Best arr lagu kat bawah tu...

Dan mengikut kekasihku, Encik Google...

Lagu tu dah keluar sejak 2007 (kot)...

Sekarang dah jadi satu addiction...

Setiap hari mesti dengar... =.="

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu~~

Dah lama blog ni tak dibuka...hurmm... biarlah

Ni baru balik dari bandar. Jumpa kawan lama, rindulah konon~~ Pastu diorang ajak tengok cerita yang tengah feymes sekarang, OMBAK RINDU. Yeay~~ Aaron Aziz!


Cerita ni diadaptasi (betul ke?) daripada sebuah novel yang sye dah pun baca. Dalam novel tu, bolehlah sedih cerita dia. Tapi...

Sat sye layan cerita ni, setitik air mata pun tak keluar. Keluar pun sebab ketawa.

Bukan sebab ketawakan orang yang tengah emosi layan cerita ni, tak. Cuma...ntahlah.
Pastu, yang dok belakang sye boleh komen,

"Pergh, cerita ni banyak 'adegan' arr"


Sebab banyak part katil dan peluk-peluk.

Tapi still tak dapat buat sye emosi. Cuma lebih banyak ketawa je.

Dato' Sufiah pon kelakar. Dari segi dia cakaplah. "...dah berani boh-hong dekat ibu"(Sori Azizah Mahzan)


Tapi sye merekomenkan anda untuk tengok cerita ni sorang-soranglah, baru rasa emosi dia (kot)







:: Nasib baik tak tengok dengan Iza budak perasan tu.
Kalau tak nanti setiap kali Aaron Aziz sebut nama 'Izzah", 100% dia akan perasan.