Friday, July 22, 2011

Becoming a maniac...

UWAAHH!!! o(>0<)o = XD + o(^0^)o = maniac?!
[ini berlaku sebab kegembiraan + ke-excited-an yang melampau]

Tajuk diatas ^ bukan bermaksud saya menjadi salah seorang pesakit Hospital Bahagia tapi saya hanya menjadi gila kerana MANGA!

Ni semua sebab tetiba tergerak hati nak tengok manga apa yang paling popular. Tetiba terbaca satu tajuk manga ni, KAICHOU WA MAID-SAMA. Pernah sekali Umi cakap cerita ni best. So, apa lagi. Saya pun try baca lah. Pergh! Memang best gila lah! Dari semalam saya duduk depan pc baca manga.

I LIKE 100000000000000000000x

Ceritanya pasal Seika High School, apabila sebuah sekolah lelaki yang terkenal untuk pelajar perangai macam hantu dan menjadi tempat yang menakutkan untuk perempuan, telah menjadi sebuah sekolah gabungan(maknanya pelajar perempuan pun ada). Dengan pelajar perempuan masih sikit dan hidup dalam ketakutan dengan perangai2 pelajar lelaki, Misaki Ayuzawa mengambil alih untuk mengubah sekolah tu dan bagi pelajar perempuan sekolah itu berasa selamat dalam persekitaran kasar. Latihan, belajar tambah dengan menjadi presiden pelajar perempuan pertama sekolah, Misaki telah mendapat reputasi di kalangan badan pelajar lelaki sebagai seorang yang siot+diktator yang diorang benci dan sebagai harapan bersinar untuk guru2 dan pelajar2 perempuan. Walau bagaimanapun, walaupun dari luar dia nampak macam ahli gusti, dalam diam2 dia bekerja sambilan di maid cafe untuk menyokong keluarganya. Malangnya, reputasi hasil titik peluh terancam apabila si popular, hot+cool=hool Takumi Usui berminat dengan dia selepas terjumpa dengan Misaki dalam pakaian seragam maid selepas sekolah.

Cerita ni memang masyuk sesangat sebab Misaki bermati2an cuba selamatkan reputasi dia. Usui pula selalu muncul untuk menyelamatkan Misaki...walaupun dia ni sangat pelik. Pelik tu bukan pelik biasa. Ni pelik si Usui. Kalau yoll semua baca cerita ni atau layan anime dia baru yoll2 sekalian akan faham.

Rating untuk cerita ni (berdasarkan bintang!)
Watak utama :: Misaki=4.99 Usui=5!
Jalan Cerita :: 4.99
Watak Sampingan :: 4.99
Keseluruhan :: 4.99999999999999!

Cerita ni juga di rangking yang ke-20, terror lah tu!




keeping misaki's secret!





COOL!

KAWAII!!



Tapi saya still tak tau manga apa yang dapat ranking pertama, Naruto kedua. Masih lagi misteri...

No comments:

Post a Comment