Friday, July 22, 2011

Becoming a maniac...

UWAAHH!!! o(>0<)o = XD + o(^0^)o = maniac?!
[ini berlaku sebab kegembiraan + ke-excited-an yang melampau]

Tajuk diatas ^ bukan bermaksud saya menjadi salah seorang pesakit Hospital Bahagia tapi saya hanya menjadi gila kerana MANGA!

Ni semua sebab tetiba tergerak hati nak tengok manga apa yang paling popular. Tetiba terbaca satu tajuk manga ni, KAICHOU WA MAID-SAMA. Pernah sekali Umi cakap cerita ni best. So, apa lagi. Saya pun try baca lah. Pergh! Memang best gila lah! Dari semalam saya duduk depan pc baca manga.

I LIKE 100000000000000000000x

Ceritanya pasal Seika High School, apabila sebuah sekolah lelaki yang terkenal untuk pelajar perangai macam hantu dan menjadi tempat yang menakutkan untuk perempuan, telah menjadi sebuah sekolah gabungan(maknanya pelajar perempuan pun ada). Dengan pelajar perempuan masih sikit dan hidup dalam ketakutan dengan perangai2 pelajar lelaki, Misaki Ayuzawa mengambil alih untuk mengubah sekolah tu dan bagi pelajar perempuan sekolah itu berasa selamat dalam persekitaran kasar. Latihan, belajar tambah dengan menjadi presiden pelajar perempuan pertama sekolah, Misaki telah mendapat reputasi di kalangan badan pelajar lelaki sebagai seorang yang siot+diktator yang diorang benci dan sebagai harapan bersinar untuk guru2 dan pelajar2 perempuan. Walau bagaimanapun, walaupun dari luar dia nampak macam ahli gusti, dalam diam2 dia bekerja sambilan di maid cafe untuk menyokong keluarganya. Malangnya, reputasi hasil titik peluh terancam apabila si popular, hot+cool=hool Takumi Usui berminat dengan dia selepas terjumpa dengan Misaki dalam pakaian seragam maid selepas sekolah.

Cerita ni memang masyuk sesangat sebab Misaki bermati2an cuba selamatkan reputasi dia. Usui pula selalu muncul untuk menyelamatkan Misaki...walaupun dia ni sangat pelik. Pelik tu bukan pelik biasa. Ni pelik si Usui. Kalau yoll semua baca cerita ni atau layan anime dia baru yoll2 sekalian akan faham.

Rating untuk cerita ni (berdasarkan bintang!)
Watak utama :: Misaki=4.99 Usui=5!
Jalan Cerita :: 4.99
Watak Sampingan :: 4.99
Keseluruhan :: 4.99999999999999!

Cerita ni juga di rangking yang ke-20, terror lah tu!




keeping misaki's secret!





COOL!

KAWAII!!



Tapi saya still tak tau manga apa yang dapat ranking pertama, Naruto kedua. Masih lagi misteri...

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday (3)


Wordless Wednesday membawa maksud si blogger hanya meninggalkan gambar tanpa penjelasan yang jelas. 

A picture tells a story =)

Sunday, July 17, 2011

Date with My Partner+Couple

Pada tanggal 16/7/2011, jam 1008, seseorang gadis yang comel (huhu) menunggu seseorang di depan pintu masuk Batu Pahat Mall atau lebih feymes sebagai BP Mall. Tunggu punya tunggu, orang yang dinanti-nanti datang gak... Punyalah gembira tengok Umi Syahirah anak sulung Encik Sudirman pun datang. Yeay!! Kitorang masuk dan benda pertama kitorang buat ialah beli cool blog. Pastu kekami hilang arah tuju. Ni isebabkan kedai semua tak buka lagi. Haha. Kekami pun duduk depan kedai ubat ( yang tak buka lagi ) untuk planning plan hari tu. Last-last sepakat nak tengok wayang. Umi ajak gi tengok cerita Harry Potter Deadly Hollow Part 2. Tapi mentah-mentah lagi segar-segar sye tolak. Mana tak nya, Part 1 pon tak tengok lagi. Kerana Umi memahami isi hati kawan dia yang comel (haha) ni, dia ajak tengok cerita Transformer. Nak order tiket tapi Big Cinema tak buka agi. So kekami dok dekat kerusi depan tandas sambil menghabiskan cool blog sambil cite pasal sekolah. Dengan pantasnya, cool blog sye yang berperasa pisang dengan ketulan-ketulan jelly habis. Sye dah abis tapi si Umi tu, suku pun tak sampai lagi. Ingat nak ushar sikit tapi cool blog dia rasa cappuccino yang tergolong dalam adek-badek kopi. Terus cancel niat "murni" itu. Kopi is for old people. Bila Big Cinema dah buka, kekami pergi order tiket. Umi ajak tengok Transformer yang 3D punya dan sekali lagi, sye tolak. Gile! 3D punya dekat RM20++. Jadi order yang biasa punya. Cite tu start kol 11.45. Kekami ada 1 jam lagi so kekami nek ke rooftop untuk bekerja sebagai model sambilan...


tempat macam dalam cite polis2 je...
Jadi kekami pun...






Pastu kekami pergi Popular. Dan sekali lagi Umi beli buku bunuh2 dia yang semuanya dalam B. Inggeris. Tebal gila pulak tu. Entah alien apa dah merasuk Umi sejak beberapa tahun lepas... Bila dah dekat 11.45, kekami pun gerak ke cinema. Masyuk gila tengok Transformer. 

Tapi benda tak bestnye ialah sat nak emo2, empangan nak pecah pulak. Disebabkan keretakkan yang tak boleh dibendung lagi, terpaksalah sye lari ke toilet. Ingat toilet kat luar macam kat Kluang tapi rupanya ada toilet dalam tempat wayang tu. Toilet tu bersih gila...dan...sunyi. Toilet yag sye masuk tu pula sebelah dia gelap. Tetiba banyak bayangan datang. Empangan pula tak habis dibaiki lagi. Habis je, sye basuh tangan tanpa tengok cermin. Kendian tetiba sye menjadi atlet lari pecut.

Sambung tengok Transformer. Masyuk gila!! Habis je, kekami pergi window shopping. Sempat lagi masuk dalam fitting room yang sempit tu semata-mata nak ambil gambar...

Umi! Where is ur smile?!


Mood = MARAH!!!
Manyun +3+
Sedihlah... Jangan pisahkan kami lagi!!!
Eye piece
Smile piece ^^
Aegyo!

Tapi cerita tak best! Kasut sye kopak! Terpaksa jalan menyeret. Last2 Umi paksa beli selipar lain memandangkan kat situ ada potongan harga barang2. Sye pon menukar kasut kopak tu dengan selipar baru. TERIMA KASIH UMI!!! XD

Then kekami pergi melantak kat KFC. Ingat nak makan kat Marrybrown sebab Umi ada kad potongan harga. Tapi dalam BP Mall takde Marrybrown pula. Dekat KFC kekami kongsi duit beli snack plate. Umi cakap, benda2 macam ni dia tak boleh nak lari. Melantak je.

Kekami sempat singgah kat Living Cabin beli couple necklace. Then, bila dah pukul 5, kekami patah hati. Masa untuk berpisah lagi. Sedih2. Umi,, lepas ni turun KLUANG pula!!!










LOVE YOU, MY DEAR PARTNER+COUPLE!!!

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday (2)

Straight to the second one.




Wordless Wednesday membawa maksud si blogger hanya meninggalkan gambar tanpa penjelasan yang jelas. 

A picture tells a story =)

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday (1)

Nak try jugak...


Wordless Wednesday membawa maksud si blogger hanya meninggalkan gambar tanpa penjelasan yang jelas. 

A picture tells a story =)

Tuesday, July 5, 2011

English Camp [^.^]

Wahh,,dah lame x update bloggie ni... Selalu je tak dapat peluang nak guna PC,,jdi, IBU,,AYAH,, bagilah anakmu ini LAPPY... TT^TT

Anyway, lately sye ikot satu camp yang bertempat dekat PADANG TEMBAK DIAMOND HILLS RESORT. mula hari Jumaat, habes hari Ahad. Sye dan kengkawan sye setuju lah nak bertolak kol 12.00 tgh hari. Tapi yang tak bestnye, hari Jumaat tu sye sorang je yang datang sekolah sementara yang lain tido kat rumah, walaupun yang len dah cakap tak yah datang sekolah hari tu tapi biarlah,, sye kan budak baik. =)

Balik sekolah je, sye tinggalkan beg sekolah dengan kasut sekolah sye kat pakcik jaga. Pastu kekami pon gerak. Dalam kereta teacher Farhan, 7 orang anak gadis yang hot and slim berhimpit macam sardin. Nasib baek kekami ni semua slim2..huhu... Sampai je kat Resort tu, tetibe kekami semua nak balik... anak manja lah katakan... Tapi teacher dengan pantasnya meninggalkan kami... Kami pun letak beg2 kami dalam chalet yang disediakan. Chalet yang dye bagi bukan macam yang ber'air-cond' dan ber'queen-sized bed' macam yang kat tepi pantai tu tapi chalet yang macam rumah panjang je, pantai takde tapi kolam je ada. Lepas tu kami dok lepak kat depan kolam tu sambil mencuci mata. Pastu budak kikiut dalam kolam tu tegur kitorang. Hati yang tengah kesedihan nak balik tetiba berbunga. hahaha...





bila tak benda lagi yang boleh dibuat, kekami hanya mampu berpose...

Pastu kekami dipisahkan pula... Semua buat muka "siot je". Sye masuk kumpulan TIGER. Ada 10 orang dalam kumpulan ni. Salleh (leader), Megat, Hanafee, Vikna, Eyna, Effa, Hany, Maryam, Wawa dan sye. Aktiviti pertama dy suruh buat ialah lukis logo, wat motto dan cheers.

monkey king

KFC

teens transformer

TIGER

crazy cow
gegirlboy
Petang tu ramai2 terjun dalam kolam tapi kekami yang elegant ni hanya memerhati saja... Padahal dalam hati nak terjun sama tapi... huh(sigh). Malam tu ada aktiviti dancing2. Ada beberapa amoi atau lebih sesuai dipanggil nyonya. Ada choreo dimana semua harus gerakkan bahagian belakang badan yang terletak diantara pinggang dan paha atau lebih sinomin sebagai punggung. memang sye skip arr part tu. Nanti budak laki cuci mata lak.

 Sok nye kekami nak balik THO. Nak lari dengan dak2 THO yang lain. Nie semua sebab terpengaruh tengok dak2 SSAJ boleh balik. Pagi2 lagi dah calling2 teacher Farhan ngan teacher Linda tapi segalanya dah terlambat. Cikgu dah sampai sekolah. huhu,, kekami pun komplot nak merajuk dengan teacher. Kekami pun ber-marathon dalam resort tu. Part ni memang bahaya woo... Marathon kat atas bukit yang cerun. Memang adventure gila arr... Lepas marathon tu, kekami kena pergi men cari2 kad yang bersoalan. Kumpulan TIGER dapat dua kad tapi dua2 kad kekami jawab salah. hahaha...


Lepas tu kekami pergi masuk hutan untuk mencari dedaun yang boleh dijadikan perhiasan tok dance malam nanti. Segala jenis pokok kekami tolong hancurkan... hehe. Kendian sementara menunggu bekpas sampai, dengan gembiranya, kekami dibenarkan terjun dalam kolam. Tapi sekali lagi kekami dari THO ni menjadi gadis2 ayu di tepi kolam...




fasi-fasi kekami.

Manakala kekami dari THO,,

semua menjadi model sambilan...







Tengah hari tu ada cakap2. Pergh! Dahlah penat gila, cakap pasal Sejarah pulak tu... Mana taknye mata sye jadi makin rapat tertutup. Habis je dye berkata-kata, tetiba mata sye segar-bugar, jelas, terang dan nyata. Kedian ada pula aktiviti mewarna2. Teknik Tie&Dye. Sye punya hasil tangan memang 'awesome' gila arr...






Kendian ada ExploRace. Dalam aktiviti ni, kekami dari kumpulan TIGER telah menghasilkan sebuah puisi dari keratan surat khabar. Men potong2 je, last2 jadi satu puisi...
Bring him home like butterfly,
Many killers like death,
Go to work with attitude,
There's no benefit over misery,
Gaga's way for famous,
Go to a therapy,
Lets go to Paris!

Puisi ni membawa cerita pasal seorang isteri yang inginkan suami dye balek sebab kat luar sana banyak pembunuhan berlaku. Suami dye pergi kerja dengan penuh adab dimana ia membawa kepada kesengsaraan. Isteri dye berpakaian macam Lady Gaga untuk menarik perhatian suami dye tapi last2, dye yang jadi gila. Suami dye ajak pergi terapi dengan pergi shopping dekat Paris... XD

Dengan puisi macam ni, kekami dapat markah paling tinggi. =,="

Malam tu kekami ber"party-dress". Kendian kekami menari. Tapi bukan menari "slow dance" tu tapi Apache Dance. Hungga2!!

bertukar menjadi,,







hungga2!!!
Lepas tu nyanyi nursery rhyme...Kumpulan TIGER nyanyi lgu "Mary Had A Little Lamb"...








Dan part yang Ieka paling suka, BBQ time!!! Tapi sye join sekejap je, penat sesangat....


bju bercahaya...






orang yang tengah tu tetibe enterframe... huhu


yum! yum!




the man behind the grill



Dan hari Ahad pon tiba... Bangun lambat, hampir ter-miss Subuh. Beg dah disiap packing dan mereka2 membenarkan kekami terjun dalam kolam bersama-sama untuk kali terakhir. Kali ni kekami dari THO tidak lagi menjadi ayu. Semua turut terjun dalam kolam. DUSH!!!

mandi dengan cara muslimah...



Lepas tu dipanggil untuk penutupan dan majlis penyampaian hadiah. Kumpulan TIGER yang awalnya dapat nombor 3 kendian jatuh ke tempat ke-4 tetiba menjadi JUARA!!! Oh Yeah!










we are the champion!!!





Its all became a memory <3