Thursday, June 23, 2011

Jumaat ke??

Kenapa? Kenapa aku rase hari ni macam hari Jumaat? Tak pe lah... Biar saya stori-mori dengan uloss-uloss sekalian kenapa sye rase hari ni hari Jumaat. Seperti biasa, pagi-pagi yang biasanya manusia2 kat dunia ni masih tidur, sye dikejutkan. Pergh... ngatuk giler... Bangun je sye dari mimpi yang indah tentang makanan sye set dalam otak ni, "sampai je aku kat sekolah,aku tidur!". Ye arr,, sye pun datang ke sekolah awal giler. Dalam kelas tu, hanya sye sorang perempuan. Dah lah seat betul2 kat tengah2 titik pusat kelas tu. Nak tunggu yang lain datang, agak setengah jam gak arr tunggu. Kalau sebelum ni, saat mataku segar-bugar, sye hanya mampu dok tercongok kat bawah kipas yang super sejuk tu. Tapi tak best sket arr, yang datang awal semuanya tak encem(memang dak kelas tu ramai tak hensem pon). Yang paling okey pon ada Foo n KeeChin sebagai pencuci mata walaupun lepas beberapa saat menjejakkan kaki ke kelas, diorang menghilang.


Back to the stori-mori sye... Pagi tadi sye turun agak lambat lah. Biasanya si ibu yang menjadi driver sye setiap pagi akan menjadi harimau pagi2 kalau sye lambat, tapi mungkin angin pagi yang menyekukkan tu telah menyejukkan hati dia, ibu ku tak marah pun. Bila dia tanya kenapa lambat dengan nada yang agak2 macam polis tu, dengan muka yang tersedia kiut ini, sye cakap lambat sebab pin lencana. Padahal tidur sekejap dalam bilik tu. huhu^^ Kendian dengan menggunakan alasan gerimis sye minta ibu hantar sampai depan walaupun dalam beg ada payung kicik. Tatapi sebab kasih dan sayang ibu kepada anak nya yang super kiut ni, ibu hantar gak sampai depan. TERIMA KASIH IBU!!! Apabila bahagian belakang badan di antara pinggang dan peha melekat kat kerusi, plan awalnya nak tidur tapi sye menghabiskan novel yang tebalnya sama dengan kamus bahasa melayu-english tu sebab lepas sye ada orang nak pinjam pula. Masa sye abes baca tu pula kengkawan sye yang agak senget kepala nya datang. Terus tak jadi tidur. Terus buat dosa awal2 pagi. Tetibe ada pengumuman pasal majlis kesyukuran pagi tu. Lepas baca Yaassin ada ceramah pula. Disebabkan mengantuk sesangat, sye dengan sengaja tertidur. Dah lah dok depan2. Kawan yang dok sebelah ingat sye tengah angguk sebab setuju dengan ceramah orang tu tapi bila dia perasan sye tidur, mulalah tangan dia kacau pipiku yang kiut+lembut ni.

Lepas majlis tu kami2 dapat pulut yang ditaja oleh koop kami terus naik kelas. Naik2 je, dak2 laki dah melantak dulu pulut tu. Walaupun masih ada kelas lagi sebelum rehat, kami makan dulu.(degil) Tinggal 10 minit baru si penolong baru nak ajak kami2 pergi makmal. Dah lah perjalanan ke makmal tu amek masa 3 minit, so agak sia2 lah gak. Rehat tu sye tak turun. Malas. Dok dalam kelas pegi sambung buat kacau. Bila nek rehat ada pula raptai untuk hari koop untuk sesiapa yang bawa bunga2 tu. Sye pun turun gak sebab ditarik oleh Dayah, Ily n Izzah. Tapi yang ni memang bukan sye yang nak okey. Tu kenyataan. Jadi sye menggati Fidel yang sepatutnya turun tapi mungkin ditahan oleh Pn. Chye. Lepas tu tolong cikgu pasang khemah pula. Tengok2 je masa BI dah abes. So sye dan Dayah yang merangkap PA sye nek kelas. Siap2 nak gi kelas Biology dan tetibe si budak2 laki yang dah siap eskem kat tangan cakap cikgu Biology ada hal. So ape agi, kegumbiraan jelas nampak di muka sye. Sape tak gumbira kalau satu hari tak belajar langsung... Ini bukan dengan sengaja tapi boleh dianggap sebagai rezeki. hehe ^^

Balik tu sye cakap dengan dady nak ikut dia pegi tempat kerja. Dia cakap okey tapi dia suruh dia tidur dulu. Tunggu2 je, sye pun tertidur sekali. Ni juga salah satu sebab nape sye ingat hari ni hari Jumaat sebab hanya hari Jumaat je sye tidur petang. Bangun2 je dah pukul 3.55 PM. Dalam hati sye mengeluh hampa. Ter-miss tenelovela lagi. MARIMAR!!! Kesimpulannya, hari ni tak belajar langsung...Dan, hari ni makan ayam gorang... Like3x... XD

Justin Beiber memahami kegembiraan hati ku ini... =)
BYE and NUNITE ^^

Wednesday, June 8, 2011

Aneroxia Nervosa

tengkorak yang masih bersalutkan kulit

Salam. Hari ni nak story pasal trend zaman sekarang. Sekarang semua nak diet, nak badan macam jam pasir sampai sanggup berlapar. Ini juga termasuk seorang kawanku yang rasa dirinya gemok padahal badan macam lidi. Maybe pengaruh tengok awek2 korea(sebab sekarang korea wave) yang badan solid molid perut kempis peha slim tak macam drumstick!

Satu penyakit ni yang saya nak kongsi dengan uolss pasal kurus murus tirus ni lebih dikenali anoeroxia yang menjadikan badan seseorang tu kurus keding mengalahkan lidi penyapu. Menurut kamus dewan internet atau lebiy feymes sebagai wikipedia,,

Anoreksia nervosa (AN) adalah sebuah gangguan makan yang ditandai dengan penolakan untuk mempertahankan berat badan yang sihat dan rasa takut yang berlebihan terhadap peningkatan berat badan akibat keyakinan diri yang menyimpang. Keyakinan diri pada penderita AN dipengaruhi oleh bias kognitif (pola penyimpangan dalam menilai suatu situasi) dan memengaruhi cara seseorang dalam berpikir serta mengevaluasi tubuh dan makanannya. AN merupakan sebuah penyakit kompleks yang melibatkan komponen psikologikal, sosiologikal, dan fisiologikal, pada penderitanya ditemukan peningkatan rasio enzim hati ALT dan GGT, hingga disfungsi hati akut pada tingkat lanjut.
Seseorang yang menderita AN disebut sebagai anoreksik atau (lebih tidak umum) anorektik. Istilah ini sering kali digunakan namun menjadi disingkat menjadi anorexia, yang berarti gejala medis kehilangan nafsu makan.
Anorektik dapat juga menunjuk ke obat penahan nafsu.

Penyakit ni biasenye menyerang anak2 gadis yang jeles dengan badan2 hot korean tu. Tapi laki pon tak terkecuali dari menjeleskan diri. Masalah ni banyak ditemui kat U.S atau negara2 yang tinggi status ekonominya. Tapi orang2 yang badannya dapat membuatkan ramai orang jeles ni sebenarnya berkemungkinan ade masalah permakanan juga. Pakar pon ada cakap yang semua perempuan akan menghadapi masalah ini sekali dalam hidup mereka. Si fulan(name si pesakit) takut nak makan sebab takut berat badannya naik padahal badan si fulan sebenarnya makin melidi.

Tanda-tanda yang menunjukkan orang tu kena penyakit desperate nak kurus ni biasanya potong2 makanan dia jadi kecik2, pastu kunyah lambat2. Kalau korang makan dengan orang macam ni memang rase frust lah. Si fulan ni selalu mengelakkan diri dari makan bersama famili. Takot kena marah dengan mak sebab cerewet sangat. Bagi si fulan ni, kulit dan daging pada tubuh mereka sebagai lemak2 yang harus dimusnahkan. Jikalau tak dapat menhapuskan "lemak" pada tubuh, si fulan berasa tak selesa, resah gelisah ketika duduk mahupun baring. kalau baring pun tak selesa, apatah nak tidur. Last2 dapat penyakit aneroxia dan insomia. Si fulan juga mula suka dok sorang2 melayan diri dan mengelakkan diri dari bersosial.

Apabila menghidap penyakit ini, badan si fulan akan menghentikan beberapa proses. Antaranya tekanan darah yang turun secara mendadak, sesak nafas, menstruasi terbehenti pada umur yang awal atau tak bermula langsung(bagi yang belum mengalami detik2 itu) dan kelenjar tiroid yang menguruskan hal ehwal pembesaran terhenti. Kulit si fulan juga mengering, rambut dan kuku mula rapuh. Kendian, kepala pening, mengigil tibe2, sembelit dan sendi jadi bengkak. Dan yang paling tak best, manusia sebagai mekanisme alam, tmbuh lanugo atau rambut di seluruh tubuh badan termasuk kat muka. Lastly, zat yang tak seimbang dalam tubuh dapat memberi serangan jantung kepada si fulan.

Dalam menyelamatkan si fulan, keluarga atau orang terdekat memainkan peranan penting. Tindakan yang cepat boleh mengelakkan si fulan dari jadi makin parah. Jadi, janganlah jeles dengan orang lain. Nak kurus pon ikutlah cara yang baik. Tu jelah kot.


BYE AND NUNITE ^^

Ayat Kursi, Terjemahan & Kebaikan

Sebelum ni sye ada post-kan pengajaran cerita KaraK part Zeti hanya tahu menghafal ayat kursi tapi tak tau maksud dan tak yakin. Jadi untuk membantu kalian menghayati ayat Kursi ini, kat bawah ada terjemahannya dan juga kebaikannya. ^^ Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Berkas:002-255.png

Bacaan sesuai terjemahan biasa dari huruf arab ke huruf latin :

ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM.

Bacaan sesuai terjemahan sesuai lafal dari huruf arab ke huruf latin :

ALLOHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDH. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIH. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHOLFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN (dengung) 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDH. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIIM.

Artinya :

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)
Beberapa khasiat Ayat Al-Kursi :

  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  • Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.

Tuesday, June 7, 2011

KaraK

product image


Permulaan :: Hari ni sye merayau ke bando bersama si budak2 kecoh. Reen, Sera dan Farah. Kitorang jumpa kat depan Kluang Mall dan berjalan kat tingkat dua tu sebanyak dua pusingan... Motif? xde. Disebabkan Sera & Reen tu dok hostel so diorang gian lah tengok wayang. Kitorang wat undian untuk tengok cerita Karak atau Nur Kasih. Reen cakap dia tak kesah antara dua cerita tu sebab dia dah tengok Karak tapi sebab apa ntah, kitorang tengok je cite Karak tu. Masa tu baru pukul 12.45 p.m dan cite Karak tu setat pukul 1.30 p.m jadi kami pergi makan sebab Reen dan Sera serta diri ini tak bekpas lagi. Tapi si Farah tu on her crazy diet so dia tak makan lah. Tapi last2 dia makn sedikit sebab kitorang dah berjaya goda dia. Tepat pukul 1.25 p.m kitorang pergi ke pawagam. Beli dua popcorn. Dua orang kongsi satu. Tak payah cite pepanjang.

Isi karangan(?) :: KaraK,, cerita seram pertama keluaran KRU studios.
KaraK ni story pasal empat budak kolej yang nak balik Kuantan lepas merayap dekat KL. Diorang terperangkap dalam jam dan memikirkan kelas besok pagi, diorang buat keputusan untuk  ikut jalan lama Karak. Dan keputusan tu yang mengubah segala-galanya.
Tak payah lah sye nak story2. Tengok sendirilah. Yang sye nak cakap ialah mengenai pengajaran yang mendalam dalam cerita ni.

1. Part dimana kitab Yassin tu kosong. Ni part dimana Zura dikelilingi hantu dan dia nak baca surah Yassin tapi buka2 je kitab tu kosong.
= Bagi sye ni menunjukkan manusia ingat Allah masa susah je. Kalau masa senang langsung lupa Allah. Tibe2 teringat tanda2 kiamat yang menyatakan Al-Quran akan menjadi kosong. Masa tu Allah takkan tolong kita lagilah. Sama lah macam cerita ni dimana Zura hanya ingat Allah ketika dia kesusahan.

2. Ayat Kursi. Ayat yang boleh memberi pelindungan. Tapi ayat tu kita kena faham maksud dan yakin dengannya baru ia melindung kita. Dalam cite ni, Zura(lagi) membaca ayat Kursi masa dikelilingi hantu. Dalam keadaan takut tu, ditambah pula tak yakin dengan ayat tersebut, dia baca dengan terketar-ketar. Sampaikan hantu tu betulkan ayat yang dia baca salah.
=Manusia hanya hafal ayat tu tanpa mengetahui maksudnya dan tak yakin dengannya. Sampaikan hantu/jin/setan boleh membetulkan ayat yang salah tu....

3. Pengamalan ilmu hitam. Yang ni biasa lah. Pengamalnya ialah isteri Tok Malam yang ada banyak belaan. Bila isteri Tok Hitam tu mati, belaannya tu merayau-rayau dan kacau manusia. Tok Hitam ni pula tak nak benda2 ni. Sekarang roh isteri Tok Hitam ni tak tenteram.
=Jangan buat benda2 camni....

4. Jangan permain-mainkan makhluk lain. Terutamanya makhluk dari alam lain. Bukan kita je yang wujud.

Penutup :: Kalau nak menjerit-jerit(sebab stress ke), tengok lah cerita ni. Bawaklah rakan sekerja yang menghadap kerja sepanjang hari atau kawan yang busy dengan homework yang melampau banyak tengok cerita ni. Jadi korang pon boleh menjerit beramai-ramai. Kan bagus... =)

p/s :: sye xnak ltak gamba sebab xsuka... KITA ENJOY ^^

Saturday, June 4, 2011

Goguma CP

Walaupun dah lame dah benda ni berlalu,tapi sye still nak cit.. Pasal satu pasangan suami isteri tipu... Diorang 'kawen' dalam satu rancangan SBS = We Got Married (WGM)... Pasangan nilah yang sye pling suka sebab diorang swit sesangat... Walaupun diorang ni slow sikit dari Adam CP,,Tapi itulah yang membuatkan diorang swit sesangat... Couple yang sye dok membebel dari tadi ialah Jung YongHwa, leader C.N BLUE dan Seo JooHyun@SeoHyun, maknae Girls' Generation...

cute couple ^^


Awal pertemuan, YongHwa suruh SeoHyun pilih antara keempat-empat ahli C.N BLUE yang dia minat. Ntah camne SeoHyun pilih YongHwa tanpa mengetahui YongHwa tulah suami dia... Walaupun dah tengah malam tapi diorang gi jenjalan. YongHwa bawa SeoHyun ke bilik praktis C.N BLUE dan kat situlah munculnya panggilah Yoong~ dan Hyuun~ Diorang pergi ke satu kedai dan beli barang2 yang berpasangan termasuk couple ring(yang murah) dan berjanji tok tunjukkannya masa Music Bank minggu tu... SeoHyun tu suka membaca tapi YongHwa tak. Jadi dalm ep. 3 SeoHyun bawak YongHwa ke kedai buku. Lepas tu diorang pergi ke amusement park (cam funfair lh...tapi kat korea funfair die kat dalam mall)


Kemudian giliran YongHwa pula kongsi minat dia dengan SeoHyun. YongHwa bawa SeoHyun ke kedai alat muzik dan belikan gitar utk SeoHyun. YongHwa nak belikan gitar yang terbaik tok SeoHyun tapi harganya mahal sangat. SeoHyun yang memahami terus minta gitar yang lebih murah.

Matching clothe. YongHwa cakap SeoHyun tiru cara dia berpakaian..huhu ^^ 

Bile couple ni makin rapat,,makin bertambahlah ke-swit-an couple ni. Dalam satu acara, SeoHyun jadi MC sementara hubby dia perform. YongHwa sempat lambai kat SeoHyun sebelum nyanyi. SeoHyun pula fokus dengan persembahan YongHwa. SeoHyun ade cadangkan untuk sama2 buat blood donation tapi malangnya hanya SeoHyun boleh derma darah. Sebab rasa bersalah, YongHwa yang kayu tu telah menari lagu 'Oh' untuk SeoHyun dan buat lawak. Nurse yang tengok serta para MC berasa jealous. Lepas tu diorang tengok cerita Avatar dan dari situ JungShin(member C.N BLUE) dapat gelaran Avatar sebab dia tinggi macam character Avatar tu. Part diorang dalam wayang sesangatlah kiut... Untuk merasmikan perkahwinana palsu tersebut, diorang telah pergi ke JungGongJin untuk menyaksikan matahari terbit. Dalam kereta api hubungan diorang jadi makin rapat. Bak kata kakakku "kikiut je"...

Ada juga satu part dimana YongHwa jealous dengan salah seorang member kumpulan TRAX, JungMo. Ni sebab SeoHyun telah belajar main gitar dengan JungMo dan membuatkan YongHwa terasa tercabar. YongHwa juga rasa tergugat apabila JungMo cakap yang SeoHyun tu dekat dengan gadis pilihannya dan men-jealous-kan lagi dengan cakap yang dia ajak SeoHyun pakai baju pengantin untuk album TRAX. Tapi bukan YongHwa sorang je jealous,, sebab SeoHyun jealous dengan artis Jepun, Ueno Juri yang merupakan pelakon yang YongHwa suka.

YongHwa juga telah hadiahkan SeoHyun dua baris batas untuk ditaman dengan ubi sebab SeoHyun suka makan ubi bakar.(dari situ juga diorang dapat gelaran Goguma CP@Sweet Potato CP) YongHwa telah hadiahkan SeoHyun dan mak SeoHyun seutas rantai dan sepucuk surat. Untuk YongHwa pula, SeoHyun menyanyikan lagu Love Light dan sepasang couple ring yang baru. Diorang juga cipta lagu sesame. Tekan saja di sini !!!

Tapi bila diorang 'bercerai', hati ini turut bercerai. Sedih sesangat masa episod akhir. Masa diorang berpisah, SeoHyun dan YongHwa berpeluk.. Sedih sesangat... T^T

Untuk feeling sendiri couple ni, tengok sendiri We Got Married... Nah! Beberapa gamba untuk tatapan...



Birthday surprise


Gagal ujian memandu bersama


SKINSHIP!!!


Celebrating 200th day anniversary together
in school uniform!!

Banmal Song!!!
WEDDING PHOTO








o(n_n)o






YH :: But why do u have a feather in ur head?
SH ::  I put it in there to look pretty.
YH :: Are u by any chance an angel??!
Am I Looking at an angel?

AND THE ENDING

Gambar terakhir di dalam 'rumah'

Dan saya pun menangis....