Berhabuk dah blog aku ni. Haihh..
Okay,, first of all. That place is the biggest among the other. Kalau sye jalan dari toilet dy pusing sampai pintu depan then pusing balik ke tapak permulaan sepanjang hari,, agak-agak jarak perjalanan boleh sama dengan jarak dari Kluang sampai ke Ayer Hitam kot... Lebih sangat ke? Maybe Mersing? Hahaha, tapi memang kalau korang tak biasa berjalan memang kaki rasa macam nak tercabutlah. Kena layan kerenah pelanggan yang kadang-kadang gedik gilerrr lagi. Hoo... Tak sabar lah. Taknak makan lah. Nak tukar order lah. Memang kadang-kadang tu sakit hati giler. Pening. Sabar jelah! Tapi sye dah kerja kat sana dah dekat sebulan gak, kaki pun dah biasa jalan. Cuma bila dah penat sangat sye jalan lenggok-lenggok je. Kerja pun kemas meja je. Bila dah ramai, memang sakit kepala sye nak amek order. Semua nak cakap. Tak pun ada yang tak reti BM. Ada yang cakap terbelit-belit. Wehh,, pening wehh... Tapi takpelah. Sye tahu yang sye ni takde lah cerewet dan gedik sangat. Ada ramai lagi yang gedik. Hahaha...
Dan!! Sye dapat PLKN! Beberapa bulan yang lepas, sye check dan sye tak dapat. Ramai yang happy tapi sye sedih tau tak dapat. Lantaklah kalau hitam pun. Mengada-ngada betul yang taknak pergi sebab benda kecik macam tu. Okay, kalau sye cakap macam ni sye kedengaran macam budak lelaki ke? Lantaklah. Sye tak kesahlah pasal hitam bagai tu. Heyy,, kenapa kena kesah pasal hitam tu sedangkan banyak kebaikan yang ada?? Kalau budak laki dyorang takut botak eh? Takut rambut KPOP korang tu rosak ke? Rambut JB? Ahh,,aku puntak tahu. Since sye memang nak pergi, sye mohonlah. Dan Alhamdulillah, dapat. At first bila dapat tu, ada juga rasa macam dilema. Yelah,, dah selesa kerja. Ada lah beberapa sebab. Tapi lepas beberapa minit berfikir, sye taknak menyesal pun dengan keputusan ini.
Lagipun,pergi PLKN dapat elaun tau!! Bagi korang yang kaya gilerr tu,, yang bila sye cakap pasal takde duit, korang senang2 je dapatkan. Yang kaya lah senang, mungkin elaun tu sikit je. Tapi, not for me! Even 5sen pun penting tau. Sye kerja, kadang-kadang ade pelanggan yang tinggalkan 5sen, kadang-kadang sanggup tinggalkan 20sen. Guess what? Sye kumpul semua tu dan sekarang dalam poket apron sye ade dekat seringgit tau. What? Seringgit je?? Jangan pandang rendah kat duit. Dunia sekarang berputar berlandaskan duit tau. Takde benda free dalam dunia ni. Udara percuma? Korang dapat udara dari pokok, pokok boleh dipelihara kalau korang boleh jaga dengan baik, dan untuk jaga dengan baik, korang perlukan duit. Okay, lately sye memang jadi mata duitan kot...
Sye nak cari duit sendiri sebab bagi sye orang yang bergantung pada ibubapa je semata-mata adalah orang yang takde guna. Kejam sangat kah? Tapi betullah kan? Biarlah parents korang tu simpan duit supaya dapat pergi jalan-jalan. Dah, kalau perabih duit untuk korang je,, tanggung korang je. Hey,, ingat sikit. Bukan korang sahaja yang membesar, parents korang pun semakin tua. Penat lah dyorang memikirkan pasal korang je. Bagilah dyorang rehat. Jangan hidup mengaharap sangat.
Nanti akan disambung...kot?
Tengoklah...
Nak tidur dahulu.
Selamat malam.
Assalamualaikum!!
-BERUANG IBU-