Sunday, October 30, 2011

Bukti sebenar

Orang selalu salah anggap Yoseob maknae(ahli termuda) B2ST sebab muka dia yang super kiut tu + aegyo dia yang super duper kiut tu + ketinggian dia. Manakala meknae sebenar pulak muka manly giler + kemachoan dia lagi + ketinggian dia.

real maknae

fake maknae
 gambar bersama

Tapi lepas bermalam dengan Encik Youtube (jgn pikiak len),, akhirnya sye jumpa gak sebab @ bukti Dongwoon ni maknae. Macam dak kecik. Hahahaha...


Teringat Gu Jun Pyo

Tangan dia tak ley blah...

-ikan!-


Friday, October 28, 2011

Surat Chenta

PUTUS CINTA? Meh baca surat nih. XD XD hihihi.


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.

Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu...



Encik,, thanks!

Pengaruh Amar

Sekarang sye dah ske gler2 ni dengan cite Supa Strikas. Haha... Well, orang maybe akan cakap

"Jikah, kau ni mengarut lah..."

"Kau pun layan cite macam tu?!"

"Ini membuktikan kau ni memang alien"
(ni Iza yang selalu cakap)


Korang tak tengok lagi, apa korang faham! Cerita ni best tau. Ada banyak pengajaran... Setiap episod, Shake dengan member Supa Strikas akan bertembung dengan masalah dan diorang akan mencari jalan keluar. Tapi best arr... 
Cerita dia setiap hari Isnin-Jumaat kol 10 pagi, 5.30 petang dan 9.30 malam. hahaha... hafal tau!













Musuh no 1 Shake

Dan ibu pernah mengatakan untuk tutup Astro (ungkit lagi) dan sye pun menjerit TIDAKKKKKKK!!!!





Dan Amar cakap,

"Eleh, tutup je ibu. Dia nak tengok korea je..."
Dan sye balas,

"Ibu tutup maknanye kau tak dapat tengok Supa Strikas gak..."

Dan muka dia terus ...


Terus dia tarik balik apa dia cakap...

(banyak sebab Astro tak boleh ditarik. Mungkinkah ibu akan dengar?!)

Thursday, October 27, 2011

Fevret Makku

Di suatu petang yang tak hujan dan tak panas, sye duduk depan TV sambil dengar lagu. TV terbuka tapi takde sape tengok... Pada sangkaanku.... Tetiba terdengar gelakan seseorang. Tengok2 rupanya ibuku ketawa. Pelik juga. "Cerita apa yang mak aku tengok sempai ketawa2 ni?" Rupa2nya cerita Shaun The Sheep.







Cerita pasal kambing biri2 yang ... hidup macam manusia tapi tuan dia tak tahu. Macam tulah kot... Tapi ibu suka sesangat tengok cerita ni. Kalau dia tengah tengok pastu Nani tukar nanti dia marah.

Ibu cakap tahun depan nak tutup Astro sebab tiga orang amek exam beso, so sye pun menggunakan kesempatan ini untuk meracuni minda ibu. Sye cakap, kalau ibu tutup Astro, ibu gak tak dapat tengok cite Shaun The Sheep ni... Dan ibu senyap je...


(mungkin kah berhasil??)

Sunday, October 23, 2011

...

 Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close


***
Lagu ni sye dapat dari my kawan, Intan. Dia stori-mori pasal lagu ni dan malam tu, lagu ni melekat dalam otak ni. 
Story dia macam ni ::
Si Chris ni tulis lagu ni untuk tunang dia, Juliana. Diorang bertunang dekat kafe tempat Juliana kerja. Diorang janji, dua tahun lagi diorang nak kawen. Tapi Juliana accident. Disebabkan tu otak Juliana ni ada malfunction. Dan Chris ni setia jaga Juliana. Nak tau lebih lanjut sila klik sini!!!